web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yakin BN Dan UMNO Mampu Ungguli PRN Johor - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 6:00PM

Ahmad Maslan percaya BN boleh mengulangi kejayaan seperti di PRN Melaka - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yakin Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Getaran, Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau menjangkakan kemenangan yang sama seperti di Melaka dapat diulangi ketika di Johor.

“Itu harapan UMNO la, semoga boleh mencapai kemenangan lagi. Apabila kita bertanding tentulah kita mahu bertanding untuk menang, oleh itu kami yakin Barisan Nasional akan berusaha sebaik mungkin untuk  menang dalam PRN Johor,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut, Ahmad menyuarakan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mempercepatkan tarikh PRN di Johor, agar boleh dilaksanakan sebelum Ramadan.

“Apa-apa keputusan tarikh PRN Johor bergantung pada SPR, sebab saya yakin di pihak SPR juga (sudah) bersedia bagi memastikan PRN di Johor boleh ditambah baik,” katanya.

Beliau turut mencadangkan SPR menambah saluran yang ada termasuk pusat mengundi, susulan pertambahan bilangan pengundi Johor yang mencecah 30 peratus.

“Ini susulan kemasukan 749,731 pengundi muda, berikutan kelulusan yang diberikan untuk pendaftaran secara automatik golongan belia berusia 18 tahun,” katanya.

Kerajaan sebelum ini meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan had umur mengundi diturunkan daripada 21 ke 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilakukan.

Ujar Ahmad, pertambahan jumlah tersebut menjadikan jumlah pengundi untuk PRN Johor meningkat kepada kira-kira 2.5 juta, berbanding 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menerusi peningkatan itu beliau berkata, terdapat pertambahan antara 20 hingga 30 peratus pengundi baharu di semua 56 kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) di Johor.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini (pengundi baharu) malah sudah bersedia untuk menghadapinya sebagai cabaran dalam politik, dan semua Ahli Parlimen sudah diberi taklimat mengenai jumlah pengundi yang diwartakan.

Ditanya apakah yang menyebabkan PRN Johor perlu diadakan dalam keadaan, Ahmad berkata ia terjadi susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu.

“Antara sebab lain adalah, berlaku ketidakselesaan apabila ada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam kerajaan Johor sedangkan di Melaka kita berlawan, tetapi di Johor kita berkawan. Jadi kita berterus terang sebab kami tidak selesa dan ingin mencari kestabilan bersama,” ujarnya.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN berkuat kuasa pada 22 Januari 2022 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan sedia ada tetap akan menjalankan semua agenda negeri yang telah dipersetujui, selaras dengan peranan sebagai ‘caretaker’, sehingga PRN diadakan. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad