web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN Sri Tanjong Kekal Di Blok Pembangkang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:09PM

Justin (kanan) kekal dengan pendirian untuk meninggalkan DAP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong kekal berada di blok pembangkang selepas meninggalkan parti DAP yang dianggotainya, kelmarin.

Justin ketika dihubungi Getaran mengesahkan bahawa peletakan jawatannya adalah disebabkan konflik dalaman yang melingkari DAP selama ini.

"Paling utama adalah tiada komunikasi dalam parti. Sejak menang PRN lalu, saya biasa bergerak sendiri, justeru, tiada beza jika ada parti atau tidak.

"Walaupun mendapat undian tertinggi semasa (pusingan pertama) pemilihan parti November tahun lalu, saya merasakan pendapat saya dalam parti tidak didengari," katanya yang enggan mengulas lanjut masalah dalaman dimaksudkan.

Justin turut menafikan keputusannya itu dipengaruhi bapanya, bekas pengerusi DAP Sabah, Datuk Jimmy Wong yang bertindak keluar parti November tahun lalu.

“Semua keputusan dibuat saya sendiri dan ia tiada kaitan dengan bapa,” katanya.

Kelmarin, Justin bersama bekas senator Adrian Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong mengumumkan untuk meninggalkan DAP Sabah, dengan alasan mereka tidak lagi mempercayai jawatankuasa bahagian negeri yang baru dipilih.

Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Thien Ee Hang berkata, tindakan Justin itu amat mengecewakan kerana kemenangannya dalam PRN lalu adalah atas tiket DAP.

“Saya memohon maaf kepada semua pengundi Sri Tanjong yang kecewa dengan tindakan wakil rakyat mereka keluar parti secara terburu-buru.

“DAPSY Tawau berjanji untuk meneruskan perjuangan DAP di Sri Tanjong supaya semangat pengundi tidak luntur ekoran tindakan wakil rakyatnya,” katanya, hari ini.

Tambah Thien, Justin telah menunjukkan contoh tidak baik kepada anak muda yang bersemangat memperjuangkan parti

Menurutnya, alasan Justin keluar parti tidak masuk akal kerana beliau telah dipilih menganggotai jawatankuasa parti negeri. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad