web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBS Minta Pihak Berkuasa Siasat Latar Belakang Ketua MIC Sabah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 7:33PM

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Parti Bersatu Sabah (PBS) meminta agar pihak berkuasa membuat siasatan ke atas Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir yang didakwa memperolehi dokumen pengenalan diri secara haram.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, PBS khuatir mengenai dakwaan bahawa Peer masuk ke Sabah dari India pada tahun 1984 dan mendapat kad pengenalan pada 1990 melalui cara yang meragukan.

Katanya, Pemuda PBS akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat agar siasatan dapat dijalankan.

“Perkara ini penting memandangkan PBS komited untuk membersihkan negeri ini daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kami percaya Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya adalah milik rakyat Malaysia yang tulen.

“Kita berharap siasatan akan dapat mengetahui bagaimana beliau mendapat kewarganegaraannya serta perkara lain agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Maximus berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBS, hari ini.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata beliau percaya bahawa perkara itu akan dapat menyelesaikan beberapa perkara termasuk kelemahan Jabatan Imigresen dan isu lain yang menyebabkan kehadiran PATI di negeri ini.

Tambahnya, mereka turut menerima komitmen Jabatan Imigresen Sabah untuk bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi mencari penyelesaian kepada kelemahan pintu masuk Imigresen di antara Terminal Feri Labuan-Menumbok dan Jesselton Point. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Beri Ruang Kepada PBS’, Fadhlina Yakin Dimensi Baharu Sistem Pendidikan Terlaksana

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencerobohan Laut China Selatan Masih Berlaku, Malaysia Perlu Tambah Baik Aset Ketenteraan - PBS

3

Politik 3 tahun yang lalu

UPKO Hanya Keluar BN, Bukan Tikam Belakang Seperti PBS  

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad