web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bukan Kroni Tun M – Shafie Apdal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 7:29PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan beliau sebagai kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan keputusan partinya untuk melebarkan sayap ke Semenanjung.

Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan, beliau agak kecewa apabila wujudnya tuduhan tidak berasas yang mengaitkan dirinya sebagai kroni Pengerusi PEJUANG itu.

Menurutnya, beliau pernah berselisih pendapat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika Dr Mahathir membawa masuk BERSATU ke Sabah pada 2019.

“Walau bagaimanapun, bantahan dibuat oleh WARISAN tidak diendahkan dan BERSATU berjaya melebarkan sayap ke Sabah. Situasi itu membawa kepada pertelingkahan yang besar.

“Jadi, macam mana orang boleh mengatakan saya kroni (Dr Mahathir) sedangkan saya menentang kemasukan BERSATU ke Sabah sebelum ini,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, ketika bersama UMNO dahulu, beliau menyokong semua kepimpinan parti sama ada Dr. Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, bekas Naib Presiden UMNO itu menegaskan, ia bukan bermakna beliau adalah kroni mana-mana pihak.

“Saya pernah berada dalam UMNO bersama-sama pemimpin parti tapi, tidak bermakna kita perlu patuh kepada segala tindakan mereka.

“Ini yang menyebabkan saya keluar daripada UMNO pada 2016 dan menubuhkan WARISAN serta kemudian mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada 2018,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu mahu pembangkang mengambil pengajaran situasi yang berlaku di Johor hingga menyebabkan 1,000 ahli DAP keluar parti dan menyertai BERSATU.

Mohd Shafie berkata, pembangkang harus membenarkan ahli-ahli mereka menyertai parti lain dalam blok tersebut bagi mengelakkan mereka menyertai barisan kerajaan.

“Jika tidak dapat menghalang mereka daripada meninggalkan parti maka, benarkan kumpulan itu menyertai parti pembangkang lain.

“Misalnya, seperti Dr Maszlee Malik yang menyertai PKR dan merupakan sebahagian daripada parti pembangkang. WARISAN masih kekal mesra kepada PKR dan DAP dalam blok pembangkang,”katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie menegaskan, beberapa nama besar akan menyertai WARISAN di Semenanjung namun perkara itu akan diumumkan apabila tiba waktu yang sesuai.

“Penerimaan rakyat Semenanjung terhadap WARISAN ketika ini amat disambut baik.

“Saya percaya terhadap keperluan untuk menyatukan negara ini bukan hanya melalui platform politik tetapi, dengan menerima pandangan daripada rakyat Semenanjung dan juga suara rakyat Sabah dalam berkongsi kuasa untuk membina sebuah negara,” katanya. - Getaran, 16 Januari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran