Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kebajikan Rakyat Lebih Utama Berbanding Bubar DUN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 3:00PM

Pemandangan di Johor Bahru - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kestabilan politik di Johor yang selama ini jarang mencetuskan kontroversi, dilihat ‘goyah’ selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu.

Majoriti amat tipis antara parti pemerintah dan blok pembangkang di negeri itu dengan masing-masing 28 berbalas 27, mula mencetuskan tanda tanya adakah kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu mampu mengukuhkan kedudukan sehingga penentuan kepimpinan baharu ditentukan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kelebihan hanya satu kerusi dimiliki kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional (BN) itu, turut mengundang khabar angin bahawa UMNO akan mengadakan perbincangan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat, namun dinafikan setiausaha negeri parti berkenaan, Datuk Samsolbari Jamali.

Bagaimanapun, kenyataan terdahulu berhubung isu terbabit dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan perdebatan mengenai kesahihan pembubaran itu, malah memberi bayangan tidak mustahil untuk PRN Johor diadakan.

Kata mantan Timbalan Perdana Menteri itu, PRN bukan perkara baharu untuk UMNO dan parti berkenaan sememangnya bersiap sedia bagi menghadapi PRN Johor, jika DUN dibubarkan dalam waktu terdekat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula dilaporkan memberi lampu hijau kepada parti untuk melakukan persediaan menghadapi PRN Johor sekiranya diadakan bagi menubuhkan kerajaan lebih stabil, berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Susulan desas-desus pembubaran DUN Johor, penganalisis politik berpendapat meskipun tidak menjadi kesalahan untuk PRN diadakan, ia dilihat kurang sesuai berlangsung pada waktu terdekat ini, khususnya dalam situasi kerajaan negeri masih nampak stabil.

Dr. Mazlan Ali
Dr. Mazlan Ali

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, situasi kedudukan kerusi ‘sengit’ itu pernah dialami kerajaan PAS di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, namun pentadbiran kekal stabil.

“Saya tengok sekarang di Johor walaupun UMNO memerintah dengan perbezaan hanya satu kerusi berbanding blok pembangkang, politik di negeri itu nampak stabil.

“Sememangnya hak untuk mengadakan PRN adalah di bawah kuasa Menteri Besar dan sekiranya diperkenan Sultan, pilihan raya boleh diadakan, namun saya berpendapat ada isu lain wajar diberi fokus," katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, kerajaan Pusat tidak ketinggalan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) yang dilihat berupaya 'mententeramkan' keadaan.

"Nampaknya parti pembangkang itu tidak membuat kekacauan besar,” katanya.

Mazlan berkata, di sebalik kepentingan melaksanakan PRN, pentadbiran negeri seharusnya sedar bahawa rakyat lebih menginginkan sebuah kerajaan yang memfokuskan kepada isu semasa khususnya kebajikan, apabila krisis masih belum selesai.

Katanya, isu seperti pandemik COVID-19, krisis ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya dan rakyat masih ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ perlu diselesaikan untuk membina semula kehidupan lebih baik.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya itu diadakan, mungkin ia atas alasan UMNO yang melihat peluang parti terbabit untuk menang lebih cerah berbanding blok pembangkang.

“Alasan itu berpandukan kepada ‘mood’ rakyat terhadap senario politik ketika ini yang sangat tidak bagus, malah mereka sudah jemu dengan ‘tingkah laku’ dan isu dicetuskan pemimpin serta parti.

“Pengundi Johor di negeri luar mungkin tidak pulang mengundi, manakala ada segelintir pula masih bimbangkan jangkitan COVID-19 jadi mereka tidak akan keluar memilih," katanya.

Situasi itu jelas Mazlan, menyebabkan peratusan keluar mengundi menurun dan memberi kelebihan serta peluang kepada UMNO untuk menang memandangkan parti itu memiliki pengundi ‘tradisional’ di negeri berkenaan.

Menurut beliau, seharusnya setiap ahli politik lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kebajikan rakyat.

“Patut PRN ini diadakan apabila betul-betul perlu. Pada saya kalau tidak perlu sangat macam sekarang dalam keadaan kerajaan stabil dan tak mengganggu gugat, mungkin tak usah buat kerana rakyat akan menjadi mangsa.

“UMNO mungkin rasa ia menang jika buat PRN sekarang atau mungkin ini taktik parti itu untuk mempercepatkan PRU kerana Johor agak besar, jadi akan memberi kesan juga,” katanya.

Dr Mohd Izani Mohd Zain
Dr Mohd Izani Mohd Zain

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, turut senada apabila berpendapat, tumpuan kerajaan negeri itu seharusnya kepada kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek menangani COVID-19 dan banjir.

Jelasnya, walaupun kerajaan Johor sekarang hanya memiliki kelebihan satu kerusi, ia tidak menghalang pentadbirannya untuk terus bertahan dan menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Mohd Izani berkata, sememangnya tidak dinafikan bahawa pihak yang mencadangkan supaya pilihan raya diadakan berkemungkinan terpengaruh dengan faktor PRN Melaka pada November lalu.

“Dengan adanya PRN di Johor, mungkin dilihat akan wujud kerajaan lebih stabil seperti Melaka.

“Kemenangan dalam PRN ini boleh menjadi pemangkin kepada PRU-15 nanti,” katanya.

Selain itu, Mohd Izani berkata, memandangkan tempoh PRU-15 semakin hampir, sepatutnya PRN sebolah-bolehnya dielakkan.

“Tumpuan kerajaan seharusnya kepada isu kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek tangani COVID-19 dan banjir.

“Dalam konteks di Johor, pembubaran DUN juga bergantung kepada perkenan Sultan Johor,” katanya. - Getaran, 16 Januari 202

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 6 jam yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia

Semasa 21 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad