web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Selangor Pertikai Kenyataan Peja, Apa Salahnya PRN Johor Diadakan?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 12:59PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerima tentangan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Menurut Isham, PRN Johor sepatutnya tidak mencetuskan sebarang halangan kerana mandat rakyat masih belum dipenuhi.

“Sekarang YB (Faizal Azumu) kata tiada keperluan untuk adakan pilihan raya di Johor. Saya tidak bersetuju. Biarlah rakyat Johor dan kerajaan negeri yang tentukan. 

“Dulu rakan YB (di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang galak mengugut untuk tekan butang jatuhkan kerajaan Johor. Sekarang apa sudah jadi," katanya di sini hari ini.

Isham Jalil
Isham Jalil

Beliau turut mempersoalkan keengganan itu yang disifatkan sebagai tidak masuk akal, memandangkan dua PRN sudah dilaksanakan di Sarawak dan Melaka sebelum ini.

“Jika di Sarawak dan Melaka boleh diadakan pilihan raya, apakah yang menghalang dan menjadi alasan untuk tidak mengadakan PRN di Johor selepas musibah banjir ini reda? 

“Mengapa di Melaka dan Sarawak boleh tetapi di negeri-negeri lain tidak boleh pula sedangkan di negeri tersebut keadaan majoriti yang amat tipis menyukarkan pentadbiran kerajaan untuk membantu rakyat,” tegasnya.

Semalam, Faizal sekali lagi menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan PRN diadakan di Johor.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan menyatakan demikian ketika mengulas keadaan politik di Johor yang kini hangat dengan spekulasi pembubaran DUN, selepas berakhirnya sidang khas minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan Isham berkata, senario politik di negeri itu akan menjadi lebih teruk jika pelompat dan pengkhianat parti dilantik menjadi menteri atau memegang portfolio pentadbiran kerajaan serta pembuat dasar. 

“Dasar-dasar dibuat tanpa kepercayaan rakyat terhadap legitimasi pembuat dasar (wakil rakyat yang mengkhianat atau melompat parti) sukar untuk diyakini, diterima dan dilaksana banyak pihak kerana ia tidak lagi mewakili suara majoriti.

“Ia bukan sahaja melunturkan keyakinan rakyat dan penjawat awam yang perlu melaksanakan dasar-dasar ini, malah memberi kesan negatif kepada keyakinan pasaran dan pelabur. Lebih 80 peratus daripada 31 Ahli Parlimen dalam parti YB (BERSATU) adalah pelompat parti, sebahagian daripada mereka menjadi menteri," katanya.

Tegas beliau, keadaan politik yang tidak stabil akibat lompat-melompat parti oleh pengkhianat seperti yang dibuat oleh BERSATU menyukarkan pemulihan ekonomi negara dan rakyat.

“Sebab itu untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu kembalikan semula mandat kepada rakyat melalui pilihan raya untuk menentukan legitimasi wakil rakyat yang mewakili mereka supaya kerajaan dibentuk adalah lebih stabil, sekali gus membolehkan pemulihan ekonomi negara dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.

“Usahlah cuba untuk melambat-lambatkan proses mendapatkan mandat rakyat ini dan berdegil ingin berpaut kepada jawatan kerajaan sehingga habis penggal tahun depan pula. Kita perlu buat pilihan raya sebaik sahaja wabak COVID-19 dan musibah banjir reda dalam tempoh beberapa bulan tahun ini,” katanya. - Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad