Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Golongan Muda Melayu Boleh Bangkit Dalam DAP

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 5:33PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik perjuangan DAP untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi Melayu, pemimpin-pemimpin muda dari etnik majoriti itu memberitahu bahawa parti itu memberi peluang kepada mereka untuk meningkat naik.

Ketika seorang pemimpin DAP baru-baru ini menggesa agar imej parti Cina itu dirombak, setiausaha politik kepada veteran parti, Lim Kit Siang iaitu Syahredzan Johan percaya tidak ada keperluan untuk melakukan perubahan besar itu.

''Bagi saya, parti ini berada di laluan yang betul untuk menjadi parti yang diterima oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu,'' kata peguam berusia 38 tahun itu kepada The Vibes.

''Ini terutama di kalangan generasi muda. Lebih ramai golongan muda Melayu yang menyertai parti ini, selepas melihat DAP sebagai parti yang menghargai pemimpin muda, yang jelas dalam bilangan wakil rakyat muda dalam kalangan kami,'' katanya.

Syahredzan Johan
Syahredzan Johan

Syahredzan, yang menjadi pembantu Lim pada 2018, berkata, ramai golongan muda Melayu juga tertarik dengan imej "rajin" wakil rakyat DAP kerana usaha mereka sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna parti itu harus mengorbankan prinsipnya, atau mendiamkan ahlinya demi kepentingan politik.

Sebaliknya, parti itu mesti mencapai keseimbangan yang betul dalam memperkatakan apa yang perlu, dengan cara tidak akan dimanipulasi atau digunakan oleh pesaing politik.

Beliau berkata daripada semua parti politik di Malaysia, prinsip teras DAP, seperti menghormati hak asasi manusia dan perlembagaan, paling rapat mencerminkan nilai terasnya sendiri.

“Saya juga tertarik kepada pendirian parti yang memberi peluang kepada golongan muda. Saya percaya saya dapat membina Malaysia yang lebih baik menerusi parti ini,'' katanya.

Baru-baru ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, orang Melayu berdepan isu amanah dengan DAP kerana pemimpin atasan parti itu tidak telus dengan ahli Melayu.

Bekas senator itu mendakwa parti tersebut berdepan ketidakpercayaan sejak sekian lama daripada masyarakat Melayu kerana ia tidak melaksanakan apa yang dikatakan, sambil menambah bahawa beliau tidak tahu pun berapa ramai ahli Melayu dalam parti itu sepanjang berada di dalamnya.

Beliau juga berkata, orang Melayu kekal "sangat mencurigai" politik DAP, memandangkan dakwaan bahawa ia parti berbilang kaum adalah lebih "retorik daripada amalan fakta".

Zairil Khir Johari - Gambar dari Instagram
Zairil Khir Johari - Gambar dari Instagram

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mengakui parti itu menghadapi masalah persepsi, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera lain.

Beliau berkata walaupun perkara itu sudah berlarutan selama beberapa dekad, DAP telah melakukan penambahbaikan sejak 15 tahun lalu.

Zairil, yang juga exco Insfrastruktur dan Pengangkutan berkata, bukan mudah untuk anak muda Melayu menyertai DAP pada 2010, kerana hampir tidak ada ahli Melayu pada masa itu.

Bagaimanapun, Zairil yang berusia 39 tahun itu berkata, sejak itu ramai anak muda Melayu menyertainya. Parti itu kini mempunyai perwakilan di hampir setiap negeri.

Wakil Rakyat Tanjung Bungah itu berkata, rekod prestasi DAP dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan telah membantu imejnya.

''Ini benar terutamanya di Pulau Pinang, di mana kerajaan pimpinan DAP tidak mengakibatkan sebarang penindasan terhadap orang Melayu atau mana-mana masyarakat,” tegasnya.

''Dasar kami adalah berasaskan keperluan dan telah terbukti membantu mereka yang paling memerlukannya, terutama orang Melayu, kerana mereka membentuk majoriti kumpulan B40,'' katanya.

Syerleena Abdul Rashid - Gambar dari Facebook
Syerleena Abdul Rashid - Gambar dari Facebook

Syerleena Abdul Rashid, yang juga wakil rakyat Seri Delima di Pulau Pinang, berkata, adalah sesuatu yang "malang" bahawa landskap politik di Malaysia masih berkisar tentang politik identiti.

“Politik berasaskan kaum menghalang kemajuan dan hanya boleh memudaratkan negara kita. DAP sentiasa menjadi parti yang menekankan kepelbagaian budaya dan menyediakan peluang sama rata kepada rakyat Malaysia – tanpa mengira jantina, bangsa dan agama,” tegasnya.

Menyuarakan sentimen Syahredzan, Syerleena berkata DAP telah menembusi landskap politik Malaysia dan menyumbang kepada pembaharuan tertentu sejak 2008.

“Tetapi seperti setiap organisasi politik dan bukan politik, anda pasti mempunyai kumpulan yang mungkin menampilkan diri mereka secara berbeza, contohnya, dengan terjerumus ke dalam perangkap berorientasikan kaum,” akuinya.

Syerleena, yang menyertai DAP pada 2013 dan telah menyokong parti itu sejak 1980-an disebabkan bapa saudaranya, ia mungkin mengambil masa satu atau dua generasi untuk  mengubah pemikiran semasa mengenai hubungan kaum.

“Adalah tidak adil untuk menganggap bahawa DAP tidak mencapai sebarang kemajuan. Kami dilabelkan sebagai 'bogeyman yang membawa rusuhan 13 Mei'.

"Ia diperkuatkan lagi apabila ada individu yang tidak berpuas hati yang mungkin dikaitkan dengan parti pada masa lalu terus meluahkan begitu banyak kebencian," katanya.

"Orang ramai akan sentiasa cenderung untuk memberi tumpuan kepada yang negatif, dan dengan berita yang disiarkan di media sosial, orang sering 'terkurung' dalam ruang mereka sendiri,'' katanya.

Tambahnya, inilah sebabnya media memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita yang neutral dan tidak memainkan emosi atau sentimen.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, Syerleena berkata DAP mengadakan mesyuarat dan konvensyennya dalam bahasa Melayu, bukan Mandarin. Beliau juga berkata adalah amalan biasa untuk menyediakan penterjemah Tamil dan Mandarin, tidak seperti pesaing politiknya MCA.

"Orang ramai akan cenderung untuk bercakap dalam bahasa yang semua orang lebih selesa, yang tiada kaitan dengan organisasi politik semata-mata, tetapi lebih-lebih lagi demografi umum penonton," katanya.

"Keadaan ini cenderung berlaku di luar politik, seperti di sekolah, universiti dan dalam perhimpunan sosial.''

Raja Ahmad Iskandar Fareez - Gambar dari media sosial
Raja Ahmad Iskandar Fareez - Gambar dari media sosial

Raja Ahmad Iskandar Fareez, setiausaha penganjur Pemuda DAP Bukit Bintang berkata, adalah penting bagi parti dan ahli untuk meyakinkan orang ramai bahawa usaha masyarakat – termasuk memastikan keselamatan ekonomi, mewujudkan masyarakat yang adil dan inklusif, serta membina komuniti yang bersatu padu – akan meningkatkan kesejahteraan mereka.

Beliau, yang berusia 33 tahun berkata, peluang pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi dan kos sara hidup yang lebih rendah harus menjadi tumpuan utama dalam wacana nasional.

“Tetapi saya percaya terdapat cukup pemimpin dan ahli DAP yang cukup berani untuk melawan arus dan mengubah landskap politik kita untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik,'' - The Vibes, January 7, 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 11 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi