Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Penjuru PRU-15 Tetap Berlaku, BERSATU Tempuh Laluan Getir -  Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 12:13PM

PRU-15 bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru, sekali gus bakal memberikan tentangan hebat kepada BERSATU. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pastinya akan berlaku walaupun PAS berpegang dengan keputusan melebarkan Muafakat Nasional (MN) dan meneruskan kerjasama yang terjalin bersama Perikatan Nasional (PN).

Ia susulan keputusan UMNO untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi dalam PRU-14 lalu dan sama sekali tidak akan memberi laluan kepada BERSATU.

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Pada masa sama, penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, terdapat pimpinan tertinggi PN yang telah mengeluarkan kenyataan akan bertanding di semua kerusi dimiliki UMNO.

Menurut beliau, keputusan PAS mempertahankan MN serta memperkasakan PN amat tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti itu dan UMNO.

“Apa yang boleh dimainkan oleh PAS di situ? Pertandingan lebih tiga penjuru memang tidak dapat dielakkan dalam PRU-15, termasuk negeri-negeri ‘kuat PAS’ seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Asabiah apa yang ingin dipecahkan?

“Apakah PAS ada kuasa ajaib untuk menyatukan kedua-dua parti ini, sedangkan parti itu sendiri tidak mampu dalam mempertahankan MN. UMNO menyalahkan PAS. PAS menyalahkan UMNO dalam soal memperkasakan MN,” katanya, hari ini.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.

Bahkan menurutnya, bagi meneruskan kelangsungan perubahan dalam politik, semua parti wajib bersama gabungan PN yang mengumpulkan asas penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak mana-mana pihak bertujuan selain daripada itu.

Abdul Hadi berkata, perjuangan PAS bukanlah atas dasar nasionalisme yang sempit sebaliknya berlandaskan Islam.

Tambah beliau, masyarakat Malaysia yang didominasi bangsa Melayu dan beragama Islam berusaha menyatukan kaum itu, bermula dengan penyatuan tiga parti besar iaitu UMNO, BERSATU bersama PAS dalam gabungan MN.

Dalam pada itu, Mohd Ridhuan turut mengingatkan PAS bahawa ‘al-ghalabah’ dalam politik demokrasi banyak ditentukan oleh jumlah di samping kuantiti, dan bukan soal untuk menjaga hati semua pihak.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan dalam realiti politik ketika ini akan memberikan kesan amat mendalam terhadap agama, bangsa dan negara. 

“Jangan terlalu berfatamorgana dengan mimpi perpaduan atau penyatuan kerana adalah mustahil kita dapat memuaskan hati semua pihak. Jangan jadi Pak Andir dan Mak Andir yang berdayung ke majlis kenduri. Akhirnya, ke hulu tak dapat, ke hilir melepas.

“Al-Ghalabah makna biasa ialah kalah, tersalah, tewas, terlanjur atau juga silap.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tidak mustahil kesilapan mungkin berlaku kepada PAS dalam membuat percaturan politik,” katanya.

Mohd Ridhuan berkata, kesilapan percaturan politik turut berlaku kepada UMNO seperti yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga parti Melayu terbesar itu mengambil keputusan bergerak solo tanpa BERSATU dan PAS.

“PRN memilih ketua negeri namun PRU, cenderung kepada kerajaan Persekutuan atau Putrajaya. Kedua-dua pilihanraya ini sangat berbeza dan ultra kiasu lebih mengidamkan kerusi Parlimen daripada DUN. Rakyat sedang menilai semua percaturan ini.

“Apa yang ingin saya ingatkan di sini bahawa kita tidak terlepas dari terjatuh pada kesalahan dan ketelanjuran, dengan tidak sengaja. Kesilapan serta ketelanjuran dengan tidak sengaja seharusnya memberi kesedaran seseorang agar sentiasa waspada supaya tidak terjatuh di dalam kesilapan,” katanya.

Sekiranya PAS kembali bersama MN, beliau berpandangan parti itu akan dapat menundukkan keangkuhan MCA serta MIC selepas merasakan sokongan kaumnya sudah mula kembali, sedangkan masih memberi sokongan kukuh kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak nafikan kebimbangan PAS dalam membuat keputusan berkahwin serentak. Jika memilih MN, takut dikhianati UMNO kerana masih belum berubah sepenuhnya dan mungkin kembali perangai asal. Perkara ini tidak mustahil berlaku, melihat kepada kepada gelagat dan kerakusan beberapa pimpinan mereka di samping kes-kes yang masih dibicarakan.

“Ingat, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, jangan harap akan dapat kemenangan dua pertiga dalam Parlimen. Menang dengan majoriti sedikit, kedudukan saling tidak tumpah akan berlaku seperti hari ini yang akan mewujudkan kembali kerajaan tidak stabil,”katanya. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 18 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri