Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mampukah MUDA Beri Saingan Atau Sekadar ‘Pengacau’?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 8:14AM

Anggota Parti MUDA menjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan banjir. - Gambar dari Twitter @partimudaN9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjalanan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diasaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam landskap politik negara tidak mudah, malah sering diejek sebagai parti ‘budak tidak matang’ kerana usia barisan kepimpinannya yang masih muda.

Bermula dengan usaha untuk mendaftarkan parti itu secara sah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 24 Ogos 2020, pelbagai kisah ‘suka duka’ melatari perjuangan MUDA yang tekad menyediakan platform parti politik baharu kepada belia tanpa mengira kaum dan agama.

Pada 7 Januari 2021, pendaftaran MUDA disahkan ditolak RoS tanpa sebarang sebab kukuh, dan didakwa berlandaskan alasan bahawa Syed Saddiq mempunyai sikap prejudis terhadap keselamatan negara, sekali gus mengundang kekecewaan menebal dalam diri pemimpin itu.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Episod sedih mengenai proses mendaftarkan MUDA sekali lagi membelenggu jiwa mantan Menteri Belia dan Sukan terbabit apabila pada 4 Februari, permohonan parti berkenaan untuk mencabar keputusan RoS itu ditolak.

Namun, penolakan berkenaan tidak melemahkan semangat MUDA apabila pada hari sama, kepimpinan parti itu mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan terbabit.

Selepas lebih setahun berjuang, hasrat MUDA untuk menjadi parti politik sah tercapai pada 14 Disember apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendaftarkannya dalam tempoh 14 hari, selain membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Akhirnya pada 29 Disember 2021, MUDA didaftarkan sebagai parti politik rasmi, membenarkan logo parti itu digunakan pada setiap pilihan raya ditandingi.

Di sebalik kemenangan tersebut, wujud persoalan adakah MUDA mampu mengukuhkan kedudukan dan memberi tentangan dalam arena politik negara.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Mengulas perkara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kemampuan MUDA tidak wajar dipandang enteng kerana parti terbabit memiliki banyak kelebihan dan penyokong tersendiri.

“Ya sudah pasti MUDA mampu memberi saingan sebab kalau kita tengok pada aktiviti dibuat Syed Saddiq, nampak macam ada sokongan dan mendapat perhatian orang muda.

“Contoh bila beliau memohon derma sekejap sahaja boleh kumpul banyak, antaranya ketika MUDA melancarkan tabung Misi Banjir Nasional, baru-baru ini yang berjaya mengutip RM2,062,186.98 hanya dalam tempoh 10 hari,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, katanya, sekukuh mana sokongan diterima parti itu, sukar dipastikan memandangkan ia masih terlalu baharu dan belum pernah bertanding pada mana-mana pilihan raya.

Mazlan berkata, walaupun memiliki sokongan, gerakan parti pimpinan Syed Saddiq itu mungkin berdepan kesukaran sekiranya tidak menjalin gabungan bersama parti politik besar disebabkan sentimen pengundi di negara ini.

Di Malaysia, jelasnya, pengundi masih melihat kepada parti sebelum membuat pilihan, justeru MUDA mungkin sukar memenangi kerusi, terutama di kawasan bandar yang menyaksikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih kuat.

“Kalau di luar bandar pula, ada penyokong tradisional UMNO yang susah menerima MUDA, jadi mungkin jika parti ini masuk secara solo, ia boleh dapat sejumlah undi.

“Tetapi MUDA masih belum mampu menang dan memerlukan masa lama untuk mengukuhkan kedudukan,” katanya.

Ditanya adakah kes mahkamah sedang dihadapi Syed Saddiq kini, iaitu pertuduhan membabitkan pecah amanah, penyalahgunaan wang sumbangan dan pengubahan wang haram akan memberi impak terhadap reputasi MUDA, Mazlan menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata, menerusi pemerhatian, kes terbabit tidak menjadi isu serius, berbeza dengan pertuduhan dihadapi beberapa pemimpin dan seolah-olah dipandang sebagai perkara yang tidak menjejaskan imej kepimpinannya.

Situasi itu, katanya, mungkin disebabkan sikap tetap berprinsip ditunjukkan Syed Saddiq sejak awal melangkah ke dunia politik sehingga kini, termasuk rela berjuang menegakkan pendapat walaupun terpaksa kehilangan jawatan dalam kerajaan.

“Kekuatan Syed Saddiq adalah beliau berani, cakap terus-terang dan kata-kata tidak menyimpang yang membuatkan orang respek.

“Ditambah beliau dilihat sebagai individu memiliki karakter masyarakat sivil yang boleh menarik orang bandar dalam kalangan kumpulan ini menyokongkan, selain mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin muda wanita parti DAP, antaranya Hannah Yeoh, ia memberi kelebihan,” katanya.

Dr Ammar Redza Ahmad Rizal
Dr Ammar Redza Ahmad Rizal

Penganalisis Politik yang juga Ahli Akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Ammar Redza Ahmad Rizal pula menyifatkan, kemunculan MUDA bakal menyuntik perubahan terhadap landskap politik negara, terutama trend pengundian golongan belia di kawasan bandar.

Katanya, parti MUDA juga berpotensi menjadi salah satu penarik undi, namun untuk parti itu berupaya menguasai sesuatu kawasan, agak sukar kerana komposisi pengundi yang berasaskan umur belia ditetapkan iaitu 30 atau 35 tahun ke bawah, mungkin sekadar kira-kira 25 ke 30 peratus.

Jika peratusan itu dibandingkan dengan umur pengundi lain, jelasnya, agak sukar MUDA meraih kemenangan.

Ammar Redza berkata, tarikan sebenar ingin dilihat masyarakat selepas MUDA sah menjadi parti politik adalah bagaimana hala tuju kepimpinannya, sama ada sekadar menjadi ‘pengacau’ untuk menarik undi anak muda atau memiliki agenda lebih serius.

Sekiranya MUDA mempunyai arah kepimpinan dan agenda lebih jelas, katanya, kemungkinan parti itu bukan sahaja  akan mampu menarik pengundi belia, malah menjadi alternatif yang baik kepada parti politik sedia ada, khususnya di kawasan bandar.

“Maknanya bukan sahaja orang muda boleh mengundi mereka (parti) ini, tetapi bukan orang muda pun boleh memilih,” katanya.

Menurut Ammar Redza, setakat ini apa dilihat adalah parti berkenaan hanya memperlihatkan hala tuju dalam konteks tindakan.

“Tindakan itu berbentuk satu reaksi kepada bencana banjir yang berlaku, turun padang, reaksi kepada apa masalah masyarakat.

“Tetapi, kita nak tengok dari sudut keupayaan dasar dan merencana masa hadapan, apa agenda, manifesto, visi dan misi mereka.

“Justeru, ini adalah antara perkara yang jika MUDA mampu tawarkan, ia akan jadi parti alternatif yang mungkin mengganggu gugat dinamik parti politik sedia ada,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Politik 17 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel

Politik 22 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad