web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengundian PRN Sarawak Lancar, SOP Dipatuhi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 7:03PM

Seorang warga emas berkerusi roda membuang undi sempena PRN Sarawak ke-12 ketika tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Kai Nang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyifatkan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hari ini berjalan dengan lancar.

Beliau yang juga calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan berkata, proses pemilihan wakil rakyat yang bermula seawal 7.30 pagi itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut membantu pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Proses pengundian berjalan baik dan petugas SPR turut membantu pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya yang dilaporkan tiba di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High, Kuching pada jam 9 pagi.

Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen

Menerusi maklumat diterima Getaran, anggota polis dan petugas SPR menjalankan tugas sebaiknya untuk memantau keadaan pusat pengundian.

Ia bagi memastikan setiap pengundi mematuhi SOP ditetapkan untuk membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19.

Setiap pengundi perlu mengimbas kos QR di aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu badan sebelum dibenarkan memasuki kawasan pusat pengundian.

Pada PRN itu, sejumlah 1,252,014 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin kawasan masing-masing, membabitkan 82 kerusi DUN, 349 calon dan 11 parti.

Manakala, peratusan keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi adalah 55 peratus seperti dimaklumkan SPR. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad