web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: 1,866 Pusat Mengundi Dibuka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:45AM

Orang ramai beratur untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa yang menjadi pusat mengundi saluran DUN Bawang Assa, Sarawak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi ini dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.

Proses itu membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN itu yang akan diuruskan oleh seramai 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada 5 petang.

Bergantung kepada jumlah pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya, ada yang ditutup seawal 12 tengah hari seperti pusat mengundi di Tadika Kemas Kampung Soh yang berada di bawah DUN Muara Tuang, yang hanya mempunyai 97 pengundi.

Pada 14 Disember lepas, sejumlah 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka manakala 17,885 lagi mengundi melalui pos.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca pagi ini diramalkan baik di seluruh negeri, bagaimanapun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa bahagian termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan turut diramal di Kapit dan Bintulu pada sebelah petang manakala suhu sepanjang hari dijangka antara 24 hingga 34 darjah Celsius.

Memandangkan negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19, pengundi digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) antaranya mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menyaring suhu badan dan merekod kehadiran dengan mengimbas kod respons pantas (QR) aplikasi mudah alih MySejahtera sebelum memasuki pusat mengundi.

Bagaimanapun, bagi pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan masih dibenarkan mengundi di khemah khas dengan diselia oleh pegawai kesihatan manakala individu di bawah pengawasan (PUS) dan individu di bawah siasatan (PUI) perlu memperoleh kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah untuk ke pusat mengundi.

Bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi, pengundi turut dinasihat agar menyemak maklumat pengundian masing-masing melalui aplikasi MySPR Semak atau portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ sebelum keluar mengundi.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 perlawanan empat penjuru, 24 pertarungan lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) 73, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28, DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 15, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) 11, Parti Amanah Negara (Amanah) lapan, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) lima dan PAS (1).

Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN itu.

Daripada jumlah keseluruhan calon yang bertanding, 87.1 peratus atau 304 adalah lelaki dan bakinya wanita manakala 47 calon berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun, 56 calon (41-50 tahun), 119 calon (51-60 tahun), 117 calon (61-70 tahun) dan 10 calon (71 tahun ke atas).

PRN edisi kali ini berlangsung dalam suasana norma baharu yang menyaksikan ceramah awam, syarahan, kempen secara bersemuka, kunjungan rumah-ke-rumah, tinjauan mesra dan pengedaran risalah secara bersemuka, antara lain, adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh berkempen selama 12 hari, kempen secara bersemuka dengan SOP ketat dibenarkan di 64 DUN yang telah dikenal pasti sebagai memiliki liputan Internet 4G yang lemah. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad