web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Sarawak Gagal Tangani Masalah Banjir Selama 60 Tahun - Aktivis Sosial

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 1:44PM

Beratus juta dana negeri telah diperuntukkan untuk menangani masalah banjir dan jalan luar bandar yang teruk di Sarawak, tanpa sebarang penambahbaikan, kata calon Telang Usan Phillip Jau. - Gambar ihsan Philip Jau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Pengundi di kawasan pedalaman Sarawak harus mempertimbang semula pemilihan calon mereka berikutan banjir bermusim yang sudah berlaku selama 60 tahun dan jalan menghala ke kampung mereka yang berada dalam keadaan yang teruk, kata Philip Jau.

Bercakap kepada The Vibes, aktivis sosial yang berasal dari daerah pedalaman Baram itu berkata kesusahan yang dialami rakyat semakin bertimbun setiap tahun tanpa penyelesaian.

“Keadaan banjir di perkampungan kami di daerah pedalaman semakin teruk tahun demi tahun. Keadaan jalan juga semakin teruk, bulan demi bulan.

“Kami seperti tinggal di negeri yang tiada pembangunan.

“Penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk luar bandar akibat banjir dan keadaan jalan raya yang teruk adalah sesuatu yang gagal ditangani oleh kerajaan negeri selama beberapa dekad.

“Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Baram, tetapi di kawasan pedalaman lain di Sarawak,” katanya.

Jau berkata ahli politik yang berkhidmat sekarang telah menabur janji untuk menyelesaikan masalah ini.

Masalah banjir di kawasan pedalaman Sarawak sudah berdekad berlaku tanpa penyelesaian. - Gambar ihsan Philip Jau
Masalah banjir di kawasan pedalaman Sarawak sudah berdekad berlaku tanpa penyelesaian. - Gambar ihsan Philip Jau

“Pilihan raya demi pilihan raya berlalu, tetapi janji-janji manis itu tidak ditunaikan,” tegas Jau.

Setelah mengembara ke seluruh kawasan luar bandar Sarawak, Jau berkata tidak banyak yang bertambah baik selama ini dari segi menaik taraf jalan dan rancangan tebatan banjir.

“Kami dengar dalam bajet negeri setiap tahun yang ratusan juta dana negeri telah diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah banjir.

“Jumlah yang sama juga diberi untuk menaik taraf jalan pedalaman, mengikut kerajaan negeri.

“Jadi kenapa tiada penambahbaikan berlaku?

“Sudah tiba masanya untuk satu perubahan radikal berlaku dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Justeru itu Jau bertanding dalam pilihan raya negeri sebagai calon bagi kawasan Telang Usan di bawah tiket PKR Sarawak.

Beliau mencabar penyandang Ahli Dewan Undangan dari Gabungan Parti Sarawak Dennis Ngau dan calon Parti Sarawak Bersatu Jau Jok Jenggo.

Dewan Undangan Negeri Telang Usan terletak lebih kurang 200 kilometer dari Miri dan ia sebesar negeri Kelantan. - The Vibes, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad