Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Operasi, Kepimpinan DAP Perlu Dirombak Untuk Tarik Pengundi Melayu - Ronnie Liu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:56PM

Ronnie Liu (dua kanan) percaya DAP perlu dirombak untuk menarik pengundi Melayu. - Gambar dari Facebook Roonie Liu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP perlu menjalani rombakan besar-besaran dan mengubah persepsi yang ia hanya untuk kaum Cina bagi menarik sokongan daripada golongan majoriti Melayu, kata Ronnie Liu Tian Khiew.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu berkata, transformasi diperlukan untuk memastikan parti tersebut menjadi pilihan baik untuk pengundi, terutama sekali kaum Melayu, yang membentuk majoriti.

“Perubahan dalam kepimpinan tertinggi DAP adalah perlu kerana barisan itu kini dilihat sebagai tidak mesra terhadap orang Melayu secara amnya.

“Kepimpinan tertinggi harus mempunyai perwakilan daripada semua kaum utama,” kata Ahli Parlimen Sg Pelek itu kepada The Vibes. 

Isu kurangnya kepelbagaian dalam DAP diketengahkan apabila hubungannya dengan ahli gabungan PH yang lain iaitu PKR dan AMANAH tampak kian merosot.

Sesetengah pemimpin DAP telah menyalahkan prestasi buruk PH dalam PRN Melaka ke atas  ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi penyokong Anwar menegaskan, kekalahan di Melaka adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, khususnya daya tarikan keseluruhan PH kepada pengundi Melayu di negeri itu.

Sudah lama DAP bergelut untuk mendapatkan kepercayaan pengundi Melayu, kerana ia dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.

Ini juga disebabkan kerana parti itu menggunakan bahasa Mandarin bagi menjalankan urusan rasminya seperti mesyuarat, kenyataan dan perhimpunan.

“Setiap kenyataan daripada kepimpinan tertinggi DAP harus dalam Bahasa Malaysia dan dialih bahasa dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin untuk mengelakkan salah faham.

“Semua ceramah politik juga harus diadakan dalam Bahasa Malaysia, tetapi tiada masalah untuk ada penterjemah dalam bahasa lain,” kata Liu.

Liu berkata, setiap polisi parti itu harus berasaskan realiti yang Malaysia adalah negara dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

“Ada keperluan untuk menonjolkan masyarakat yang pelbagai kaum dan plural, tiada masalah untuk meningkatkan ‘kemelayuan’ dan elemen kaum lain parti ini tetapi ia bukan bermakna ciri-ciri kaum Cina dan India perlu dikurangkan, kerana DAP adalah untuk semua.

“Program dan majlis harus diadakan di kawasan pedalaman Melayu juga, dan bukan hanya tertumpu di kawasan urban,” tambahnya.

Walaupun berbeza pendapat dengan kohort PH yang lain, Liu berkata DAP harus kekal mesra dan bekerjasama dengan parti komponen dan organisasi bukan kerajaan.

Liu juga mencadangkan DAP mengekalkan hubungan yang formal dan mesra dengan parti politik lain seperti UMNO, BERSATU, PAS, WARISAN dan Gabungan Parti Sarawak.

“DAP harus membentuk Majlis Perundingan Islam di dalam parti, untuk berdepan dengan segala perkara berkaitan Islam untuk mengelak daripada melakukan atau bercakap perkara yang akan menjauhkan orang Islam.

“Ia harus melatih kader Melayu muda dan menyediakan platform untuk mereka cemerlang dalam kepimpinan politik, dan juga hal ehwal kerajaan.

“Sebab lain kenapa DAP tidak menjadi pilihan kaum Melayu adalah kerana kempen meracun minda yang dilancarkan oleh pemimpin dan organisasi rasis, seperti sesetengah elemen dalam UMNO-PAS, buat jangka masa yang lama dalam media arus perdana,” kata Liu.

Sementara itu, saintis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Jayum Jawan berkata, DAP berdepan cabaran untuk mempengaruhi pengundi Melayu dan mendapatkan sokongan mereka kerana masih dibayangi imej parti yang didominasi kaum Cina, sesuai dengan latar belakang mereka sebagai serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat.

“Ketiadaan pemimpin bukan Cina dalam barisan tertinggi parti tidak membantu. Sekurang-kurangnya ahli bukan Cina boleh membantu parti mendapat daya tarikan di kalangan penduduk asli, sama ada Melayu, Dayak atau Kadazandusun,” kata Jayum.

Beliau juga menarik perhatian kepada pucuk kepimpinan tertinggi DAP, yang tidak berubah dan kekal diterajui oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, DAP dilihat merekrut lebih ramai golongan profesional bukan Cina, tetapi hakikatnya orang ramai menganggap yang DAP pada dasarnya adalah parti yang digerakkan oleh bapa dan anak tidak membantu untuk memberi gambaran yang ia adalah parti demokratik yang digerakkan oleh kepimpinan muafakat.

“DAP di bawah Kit Siang dan Guan Eng gagal untuk mengupas politik, kemahuan dan keperluan golongan Bumiputera. Apa yang penting kepada golongan ini bukan tunjang kepada perjuangan DAP yang memberi fokus kepada isu seperti agenda ‘Malaysian Malaysia’,” kata Jayum.

Jayum berkata pendekatan berbeza kepada apa yang dipanggil “Malaysian Malaysia” adalah perkara yang memisahkan orang Cina dalam DAP dan MCA.

“Sebagai contoh, perjuangan DAP dianggap tidak boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, manakala perjuangan MCA lebih sesuai dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’.

“Penting untuk kita perhatikan bagaimana ‘Malaysian Malaysia’ dilihat melalui lensa DAP dan MCA,” tambah Jayum.

Dr Azmi Hassan, seorang pemerhati politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), turut bersetuju dengan Liu dan Jayum serta berkata, parti itu perlu menarik lebih ramai ahli biasa daripada kaum Melayu, selain daripada merubah pucuk kepimpinannya.

“Jika kepimpinan Melayu dalam DAP kurang, amat sukar untuk menarik ahli biasa. Dan apabila tidak ramai ahli biasa Melayu ia akan mencerminkan ia sebagai parti cauvinis Cina.

“Perkara pertama yang mereka harus lakukan adalah melantik lebih ramai orang Melayu dan ini bergantung kepada kepimpinan sekarang.

“Merekan harus melakukan perkara ini untuk membuang stigma parti ini berasaskan kaum Cina ataupun parti cauvinis Cina,” kata Azmi.

Azmi menambah asalkan sebahagian besar parti itu diketuai oleh pemimpin Cina, orang awam akan melihat parti itu adalah parti untuk kaum Cina.

“Jika kita lihat kepada PKR, mereka ada campuran pemimpin Melayu, Cina dan India - jadi mereka boleh menarik pengundi Melayu dengan lebih baik berbanding DAP.

“PKR boleh menarik undi kaum Melayu kerana mereka ada jumlah ahli biasa dari golongan itu dan lebih penting lagi mereka ada campuran ahli dari pelbagai lapisan masyarakat,” kata Azmi. - The Vibes 13 Disember, 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar