web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Perlu Dedah Politik Sihat Pada Murid, Bukan ‘Agungkan’ Parti Pilihan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 9:00PM

Ahmad Shabery Cheek - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak wajar bagi guru berkongsi pandangan dan pendirian politiknya dengan pelajar di dalam kelas, sama ada secara langsung atau tak langsung.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, terdapat warga pendidik meminta pelajar melukis atau membuat perhitungan matematik yang merujuk kepada lambang parti politik tertentu.

Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja melanggar etika perguruan, malah turut mengundang kemarahan ibu bapa yang memiliki ideologi politik berbeza.

“Namun, kalau guru menyertai parti politik setempat dan tahu memisahkan dengan dunia profesionnya, banyak yang boleh dibahaskan.

“Di peringkat daerah dan kampung, guru banyak memberi sumbangan menjadikan perjalanan parti politik lebih teratur dan tersusun,” katanya

Dalam pada itu Ahmad Shabery menjelaskan, politik bukan satu putaran sempurna dan percaturan yang kukuh hanya mampu dicapai bergantung kepada pengisian dibuat.

“Guru menulis dan bercakap dengan baik. Banyak membantu dalam membuat laporan, minit dan menyampai pandangannya mengenai keperluan masyarakat setempat secara berkesan.

“Politik bukan hanya ketika pilihan raya. Banyak aktiviti kemasyarakatan, kerja sukarela, bantu bencana, sukan komuniti, membersihkan tempat awam anjuran parti politik lebih tersusun melalui peranan guru-guru,” katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan, guru yang bukan berasal dari kalangan komuniti setempat boleh mendekatkan diri dengan masyarakat melalui aktiviti anjuran mana-mana parti.

Ahmad Shabery berkata, guru yang mempunyai akses dengan pemimpin politik dapat membantu sekolah berkenaan menyelesaikan masalah yang lambat diselesaikan, berbanding hanya mengharapkan saluran Jabatan Pendidikan Negeri.

“Nikmat kemerdekaan hari ini tak boleh dipisahkan dengan sejarah perjuangan nasionalisme Melayu dulu yang banyak digerakkan oleh guru.

“Cerita sumbangan Zaaba dan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris mengimbangi peranan mereka yang pulang dari England atau lepasan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tegas beliau, sumbangan guru dalam parti seperti UMNO berbeza dengan kontraktor yang dikaitkan sebagai punca mencari kekayaan.

Jelasnya, melenyapkan peranan guru dalam mana-mana parti politik akhirnya akan memberi ruang kepada golongan lain mengisi kelompangan itu.

“Mungkin Menteri Pendidikan dari parti yang tidak diminati oleh guru. Ini tidak bermakna menteri boleh mengetepikan peranan parti politik sebagai sekolah besar pendidikan sosial dan melahirkan pemimpin masa depan negara.

“Bahkan di era undi 18, Kementerian Pendidikan ada tanggungjawab menyediakan pendidikan politik yang sihat.

“Kalau ada masalah guru berpolitik dalam sekolah? Ia hanya perlu diuruskan melalui tatacara dan etika yang terperinci. Macam prosedur operasi standard (SOP) menguruskan wabak,” ujarnya. - Getaran, 12 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran