web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Pemimpin Politik Utama Sarawak Hadapi Pertandingan Pelbagai Penjuru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 3:47PM

Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Dis ini bakal menyaksikan kesemua pemimpin politik utama negeri berdepan persaingan pelbagai penjuru di kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri bang Johari Tun Openg merangkap Ketua Menteri akan menerajui gabungan empat parti untuk mempertahankan pemerintahan kerajaan negeri manakala pemimpin parti pembangkang turut berdepan dengan saingan daripada sekurang-kurangnya tiga pencabar.

Abang Johari yang juga peneraju parti gabungan GPS akan bertanding kerusi DUN Gedong untuk kali pertama dan berdepan cabaran tiga penjuru apabila ditentang calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Kamal Bujang (Amanah)  dan  calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Ango.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, sekutu GPS, menghadapi pertandingan lapan penjuru untuk kerusi DUN Dudong yang turut melibatkan DAP, PSB, PBK, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bansa Dayak Sarawak baru (PBDSB) dan dua calon bebas.

Calon-calon lawannya terdiri dari Paul Ling (DAP), Wong Hie Ping (PSB), Jane Lau Sung Yee (PBK), Josephine Lau Kiew Peng (Aspirasi), Julius Enchana (PBDSB), Fadhil Mohd Isa (Bebas) dan Engga Uchat (Bebas).

Di DUN Batu Kawah pula, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menghadapi saingan empat penjuru melibatkan Fong Pau Teck daripada Aspirasi, Chai Kueh Khun (PBK) dan wakil DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Kerusi DUN Baleh yang sebelum ini diduduki presiden sebuah lagi parti komponen GPS, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing yang meninggal dunia 31 Oktober lalu bakal menyaksikan persaingan empat penjuru melibatkan calon parti itu, Nicholas Kudi Jantai Maseng, Kenneth Usang George (DAP), Sukarno Layau (PBK) dan Koh Kumbong (PSB) untuk kerusi itu.

Dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berdepan cabaran tiga penjuru masing-masingnya di DUN Bukit Saban dan DUN Bukit Sari.

Lawan Uggah adalah Mikail Mathew Abdullah (PKR) dan Andria Dundang @ Andria Gelayan (PSB), sementara pencabar Awang Tengah adalah Riyah Basrah (PBK) dan Alias Mail (PSB).

Bagi pemimpin pembangkang pula, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen terlibat dalam pertandingan empat penjuru melibatkan Presiden Aspirasi, Soo Lina, Datuk Wee Hong Seng (SUPP) dan Raymond Thong Ee Yu (PBK) untuk kerusi DUN Padungan.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh pula berhadapan empat pencabar di DUN Bawang Assan yang terdiri dari Robert Lau Hui Yew (SUPP), Michelle Ling Shyan Mih (PBK), Amy Lau Bik Yin (DAP) dan Ricky Enteri (Bebas). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish