web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Hari Penamaan Calon Berlangsung Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:33AM

Polis dan RELA membuat pengawasan di laluan masuk pusat penamaan calon (PPC) DUN Semop di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong iaitu salah satu kawasan bagi proses penamaan calon sempena PRN Sarawak ke-12. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING -  Hari ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. 

Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan di negeri terbesar negara ini, dengan pencalonan berlangsung antara pukul 9 dan 10 pagi.

Sejumlah 1,252,014 pengundi berdaftar layak untuk mengundi pada 18 Disember ini, dengan pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember.

Buat kali pertama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan empat parti komponen yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) - akan bertanding, sejak ia bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Pada PRN Sarawak 2016 lepas, empat parti itu serta ‘calon langsung’ berjaya menawan 72 kerusi, termasuk dua yang dimenangi tanpa pertandingan, yakni di Bukit Sari and Bukit Kota.  

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan Pengerusi GPS, dan beliau juga adalah presiden PBB.

Beliau yang dikenali ramai dengan panggilan Abang Jo, akan bertanding di kawasan luar bandar, di Gedong buat kali pertama, meninggalkan kerusi Satok yang menjadi miliknya selama 40 tahun, untuk ditandingi oleh timbalan Pengerusi PBB Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Jumlah calon bertanding dijangka melebihi rekod 229 pada tahun 2016, berdasarkan kepada pengumuman oleh beberapa parti politik yang sudahpun menamakan calon masing-masing menjelang hari penamaan calon.

Ia termasuk DAP, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan PAS.

PRN terpaksa ditangguhkan pada pertengahan tahun ini disebabkan pandemik COVID-19, demi menjaga keselamatan rakyat.

Darurat di seluruh negara diisytiharkan dari Januari hingga Ogos, dan seterusnya di Sarawak dilanjutkan selama enam bulan lagi, namun ia ditarik kembali pada 3 November atas perkenan yang di-Pertuan Agong, yang memberi laluan kepada PRN Sarawak.

Bagi mengelak penularan jangkitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan aktiviti kempen dalam kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing, namun kempen di luar kawasan yang ditandingi tidak dibenarkan.

Ceramah serta syarahan umum bagaimanapun dibenarkan di 64 kawasan Dewan Undangan Negeri yang memiliki liputan internet lemah, dan jumlah yang hadir tidak dibenarkan melebihi 50 peratus daripada kapasiti venue, atau 150 orang pada satu-satu masa. - Bernama

Calon GPS bagi DUN N74 Pujut Adam Yii Siew Sang (dua kanan) hadir di Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Miri hari ini. - Gambar Bernama
Calon GPS bagi DUN N74 Pujut Adam Yii Siew Sang (dua kanan) hadir di Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Miri hari ini. - Gambar Bernama
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga kiri) ketika hadir di pusat pencalonan di Majlis Daerah Lawas hari ini. - Gambar Bernama
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga kiri) ketika hadir di pusat pencalonan di Majlis Daerah Lawas hari ini. - Gambar Bernama
Calon GPS Datuk Abdullah Siadol (kiri) bersama calon Amanah Mohamad Fadillah Sabali (kanan) di pusat penamaan calon DUN Semop di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong. - Gambar Bernama
Calon GPS Datuk Abdullah Siadol (kiri) bersama calon Amanah Mohamad Fadillah Sabali (kanan) di pusat penamaan calon DUN Semop di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong. - Gambar Bernama
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) hadir di pusat pencalonan di Majlis Daerah Lawas hari ini. - Gambar Bernama
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) hadir di pusat pencalonan di Majlis Daerah Lawas hari ini. - Gambar Bernama
Calon GPS Datuk Abdullah Saidol melakukan imbasan suhu dan aplikasi MySejahtera ketika hadir di pusat penamaan calon DUN Semop di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong hari ini. - Gambar Bernama
Calon GPS Datuk Abdullah Saidol melakukan imbasan suhu dan aplikasi MySejahtera ketika hadir di pusat penamaan calon DUN Semop di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong hari ini. - Gambar Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran