Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MN Pasti Dibubar, UMNO Perlu Teruskan Perjuangan Politik Sendiri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Status keteguhan kerjasama dan ‘persahabatan akrab’ Muafakat Nasional (MN) mula menjadi tanda tanya pada Ogos tahun lalu, selepas PAS membuat keputusan mendaftar bersama Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), manakala UMNO memilih sebaliknya.

Menambah kesangsian apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu dan Barisan Nasional (BN) tidak campur tangan urusan PAS berhubung pendaftaran berkenaan.

Pelbagai pihak mendakwa, Muafakat Nasional (MN) sebagai sebuah gagasan membabitkan kerjasama PAS dan UMNO sepatutnya sehati sejiwa dalam setiap keputusan, apatah berkaitan jalinan hubungan dengan parti lain, khususnya selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 September 2019.

Isu berkenaan reda seketika selepas pemimpin dan ahli kedua-dua parti dilihat masih akrab serta saling sokong menyokong, termasuk menerima pelawaan dan menghadiri acara diadakan, sehinggalah PAS mengumumkan menolak bekerjasama dengan UMNO dan memilih PN pimpinan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rakan gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan lalu.

Keputusan PAS itu bukan sahaja umpama tamparan hebat dan penolakan kepada UMNO sebagai gabungan, tetapi juga menunjukkan sememangnya wujud kemelut antara kedua-dua parti.

Terbaharu, MN berada pada situasi bagai retak menanti belah apabila PAS tetap dengan pendirian bahawa Piagam Muafakat Nasional dipersetujui parti itu dengan UMNO adalah bersifat terbuka untuk menerima mana-mana parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi menyatukan umat Islam di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, apabila piagam dipersetujui dan ditulis itu sampai ke peringkat pelaksanaan, terdapat pimpinan UMNO hanya mahukan PAS sebagai rakan kerjasama MN dan tidak mahu menerima parti, termasuk BERSATU yang pastinya berbeza daripada perjanjian ditetapkan. 

PAS, katanya, tidak boleh diarah sedemikian memandangkan mereka adalah parti sendiri dan bukan komponen di bawah BN, justeru memutuskan untuk menolak MN selepas UMNO memungkiri janji.

Susulan kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, UMNO tidak pernah memungkiri piagam terbabit, malah penubuhan MN bukan bermatlamat untuk BERSATU menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Mengulas isu berkenaan, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata, tindakan PAS memberikan kata dua kepada UMNO supaya menerima BERSATU di dalam MN walaupun mengetahui permintaan terbabit pastinya tidak akan diterima, memiliki agenda tersendiri.

Katanya, perkara itu mungkin disebabkan PAS sudah mempunyai kedudukan selesa dan melihat BERSATU sebagai strategi terbaik untuk semakin mengukuhkan kuasanya, susulan undi parti itu yang kian bertambah selepas kedua-duanya berkerjasama pada PRN Melaka.

Beliau berkata, ditambah sikap UMNO sebelum ini yang sentiasa bermain ‘tarik tali’ atau ‘sekejap begitu, sekejap begini’, PAS mungkin melihat parti itu seperti tidak serius sehingga merasakan gabungan dan hubungan politik bersama BERSATU lebih stabil.

Jelasnya, BERSATU juga mungkin dilihat lebih mudah bertolak ansur, termasuk daripada aspek agihan kerusi dan setia berbanding UMNO yang sering bermain politik.

“Saya fikir mungkin kerana prestasi PN di Melaka agak baik dan undi PAS sudah meningkat, PAS cuba bergabung dengan BERSATU. Walaupun tidak pernah menang di negeri itu, nampak undi dan prestasi PAS meningkat.

“Jadi mungkin PAS fikir kalau gabungan antara parti itu bersama BERSATU diterima di negeri lain, contoh di Kelantan dan Terengganu, sudah tentu PAS boleh kekalkan kuasa di situ dan menambah undi di negeri lain ditandingi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ditanya jangkaannya adakah MN akan gagal dipertahankan, Mazlan mengatakan pastinya gabungan itu akan terbubar kerana UMNO memang tidak mahu menerima BERSATU, tambahan parti berkenaan mampu menang besar di PRN Melaka walaupun bertanding secara solo.

Kemenangan itu, katanya, membuktikan kepada kepimpinan UMNO bahawa parti terbabit boleh pergi jauh walaupun tidak bekerjasama dengan PAS dan BERSATU.

Menurut beliau, apabila PAS memberi syarat untuk menerima parti lain atau MN tidak diteruskan, bukan perkara membimbangkan atau sukar untuk UMNO sekiranya bergerak tanpa gabungan berkenaan.

“Masing-masing (UMNO dan PAS) sudah menunjukkan sikap tegas, maknanya sudah pasti bila syarat Abdul Hadi memang tidak boleh diterima UMNO, jadi saya nampak MN selepas ini pasti akan dibubarkan dan PAS akan lebih serius dengan BERSATU,” katanya.

Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar pula berkata, UMNO perlu bersikap realistik untuk menerima hakikat dan tidak mengharapkan ‘emas jatuh dari langit’ atau bahawa PAS masih mahu meneruskan kerjasama kerana jelas kenyataan Abdul Hadi berkenaan menunjukkan penolakan parti itu.

UMNO juga, katanya, perlu bergerak ke hadapan dan berfikir secara positif dalam meneruskan perjuangan politik kerana tanpa bantuan PAS serta BERSATU, parti itu terbukti masih boleh memenangi PRN Melaka.

Rusdi berkata, walaupun diakui kedudukan UMNO akan lebih kuat sekiranya bersama PAS, parti itu tidak perlu runsing kerana memiliki lebih kekuatan, justeru sudah tiba masanya mereka berdiri dengan sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain.

“Dalam politik ini, biasalah, tidak semestinya hari ini jadi kawan, esok jadi kawan lagi, mungkin jadi musuh, jadi sudah sampai masanya UMNO kena fikir tak semestinya dia hanya boleh membentuk kerajaan pusat dan sebagainya dengan PAS.

“Mungkin boleh dengan parti lain, mungkin pada masa depan dengan PH, Parti Amanah Negara (AMANAH) atau banyak lagi parti boleh UMNO bersama bukan susah pun, dah PAS tak nak, BERSATU tak nak, tak apa lah,” katanya.

Menurut Rusdi, UMNO seharusnya menumpukan kepada usaha memperkukuhkan semula parti itu yang pernah memerintah negara selama 63 tahun sebelum ini, termasuk menggunakan pendekatan dipratikkan ketika PRN Melaka.

Pemilihan calon untuk bertanding atas tiket UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), katanya, harus menonjolkan muka baharu, individu muda berpotensi, berpendidikan, profesional dan disenangi masyarakat.

Sekiranya UMNO benar-benar mahu mengukuhkan kedudukan, jelasnya, parti itu harus melakukan perubahan terbaik supaya terus diterima.

“Jika UMNO tak berubah, masih berfikir di tahap lama susahlah dan sebenarnya UMNO sudah pun buat perubahan itu sebagai contoh di PRN Melaka tempoh hari, maknanya bukan semua ketua bahagian bertanding.

“Apa paling penting adalah sekarang masanya sudah tiba untuk UMNO menonjolkan barisan pelapis berpotensi di masa hadapan,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 13 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 14 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran