web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin DAP Sila Berpolitik Matang, Jangan Babitkan Parti Lain

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 3:12PM

Hannah Yeoh - Gambar dari Facebook Lim Guan Eng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau bertindak seperti ‘pelampau PAS’ kerana membidas pakaian Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh ketika memasuki masjid, dianggap sebagai kecaman tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cubaan mengalihkan krisis dalaman parti berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Khairilnizam Khirudin berkata, pihaknya mengecam keras kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu bahawa pemimpin PAS adalah ekstremis dan ketinggalan zaman, mahu mengawal pemakaian wanita serta tidak bertolak ansur dan regresif.

Tegasnya, pemimpin PAS sama sekali tidak pernah membuat sebarang kritikan atau memberi komen ke atas insiden Yeoh memasuki sebuah masjid di Segambut dengan memakai tudung.

Perbuatan itu kemudiannya diselar Cheng Hau yang menyifatkan ia sebagai sekadar helah untuk menarik sokongan orang Melayu.

“Adalah amat tidak bertanggungjawab sekali bagi Lim Guan Eng untuk membabitkan PAS di dalam krisis dalaman DAP.

“Adakah ini cubaan Lim Guan Eng untuk mengelirukan rakyat dan ahli DAP menjelang pemilihan pemimpin tertinggi DAP dalam Kongres Kebangsaan DAP yang sepatutnya diadakan pada 20 Jun lalu, tetapi ditangguh ke satu tarikh bakal ditetapkan kelak dengan menggunakan alasan penularan kes wabak COVID-19 sangat tinggi,” katanya, mewakili PAS Pusat.

Khairilnizam Khirudin
Khairilnizam Khirudin

Khairilnizam berkata, dasar perjuangan Islam tidak sesekali menjadikan pemimpin PAS ekstremis, enggan bertolak ansur, ketinggalan zaman dan regresif, khususnya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Jelasnya, PAS istiqamah dalam soal prinsip tetapi anjal dalam soal pendekatan, termasuk membabitkan perkara menangani hak bukan Muslim di negeri milik PAS.

Beliau berkata, sebaliknya, DAP dengan dasar ‘Malaysian Malaysianyalah’ yang digunakan parti itu selama ini ternyata ekstremis.

“DAP sering cuba mengocak kolam keharmonian kaum dan agama di negara ini melalui usahanya yang mempertikaikan kontrak sosial mahupun struktur asas Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairilnizam berkata, PAS memberi amaran kepada Guan Eng dan pemimpin DAP supaya berpolitik secara matang.

“PAS memberi amaran supaya DAP tidak cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat krisis kepimpinan dan krisis identitinya yang semakin membarah kebelakangan ini, sehingga menyaksikan parti itu ditolak pengundi Melayu dan sebahagian pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Melaka  memberikan undi kepada PAS,” katanya.

Baru-baru ini, Cheng Hau membidas pakaian dikenakan Yeoh ketika menghadiri hari terbuka masjid di kawasan diwakilinya dalam kumpulan perbualan aplikasi Whatsapp DAP Johor yang kemudian bocor dan tular.

Katanya, mungkin semua wanita DAP harus mengenakan tudung bukan sahaja di masjid, tetapi di seluruh tempat, antaranya pasar awam, gereja serta sekolah, seterusnya memeluk Islam yang pastinya membolehkan parti itu memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun, Guan Eng kemudian tampil membela Hannah dan menyifatkan Cheng Hau taasub terhadap pakaian pemimpin wanita DAP ketika melawat masjid atau tempat ibadat, selain tidak sepatutnya bertindak seperti ‘pelampau PAS’. - Getaran, 5 Disember 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad