web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendaftaran GRS Sebagai Entiti Politik Akan Dibincangkan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 2:26PM

Hajiji Noor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan memanggil semua pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam masa terdekat bagi membincangkan pendaftarannya di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai entiti politik yang sah.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tarikh sebenar pertemuan tersebut.

"Kami masih belum duduk berbincang secara terperinci lagi.

"Namun, kalau baik untuk politik Sabah, saya yakin kami (pemimpin parti GRS) akan setuju (mendaftarkan penubuhan)," katanya dalam sidang media di Mini Auditorium, Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, banyak perkara perlu dipertimbangkan dan dibincangkan menerusi pertemuan itu kelak.

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Taklimat Mengenai Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Kerajaan) dan Majlis Penyerahan Surat Empowerment Perlesenan Perikanan Laut Dalam.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, taklimat yang membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri itu akan menerangkan mengenai pindaan Perlembagaan Malaysia dan MA63.

"Banyak perkara yang mungkin perlu dijelaskan dan pagi ini kerajaan negeri akan dapat mengetahui rasional mengenai tindakan serta usaha kerajaan membuat pindaan perlembangaan berkaitan.

"Pindaan itu dibawa ke Parlimen untuk memperkuat semangat MA63 dan setakat ini banyak perkara yang dituntut dalam perjanjian itu telah ditunaikan," katanya. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad