web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU Sarawak Hormati Keputusan Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 7:54PM

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak menyokong penuh dan menghormati keputusan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, parti itu juga akan menyokong penuh usaha dan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Menurut beliau, BERSATU Sarawak akan merencana dan memastikan parti itu memperoleh kemenangan cemerlang pada PRN yang akan berlangsung 18 Disember depan.

"Saya bersama Tan Sri Muhyiddin menghormati pandangan dan permintaan GPS supaya parti GPS diberi laluan pada pilihan raya ini," katanya hari ini.

Beliau berkata, parti itu yakin GPS mempunyai kekuatan tersendiri sebagai parti yang telah membantu membina Sarawak dan rakyatnya sehingga ke tahap amat membanggakan pada hari ini.

"Oleh itu, semua ahli BERSATU di Sarawak akan turun membantu kempen serta menggerakkan seluruh jentera untuk memastikan segala usaha dilakukan bagi memastikan GPS mencapai kemenangan besar dan cemerlang pada PRN Sarawak kali ini," ujarnya.

Katanya, parti itu memberi kepercayaan kepada Abang Johari untuk membawa kemenangan, sekali gus mempertahankan kerajaan negeri pimpinan GPS. 

"Persefahaman ini juga termasuk dalam rangka strategi menjelang PRU 15 yang akan datang, melibatkan PN Sarawak secara khusus.

"Semoga kerjasama ini memberi kekuatan yang erat di antara kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya. -  Getaran, 27 November 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM