web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Sahkan Bertanding Di Sarawak, Belum Tetap Jumlah Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 12:12PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengesahkan akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tetapi jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu hanya akan diputuskan selepas mengadakan perundingan bersama PAS di negeri berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perundingan itu dijadual diadakan pada hujung minggu ini.

“PAS yakin pengundi Sarawak akan memberi undi kepada calon yang diturunkan terdiri daripada anak Sarawak dalam kalangan penggiat pelbagai bidang kepakaran dan ketokohan,” katanya menerusi hantaran pautan di Facebook PAS Pusat.

Sementara itu, mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) kempen dan gerak kerja PRN Sarawak, Tuan Ibrahim meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih terbuka dalam perkara itu.

Katanya, keterbukaan itu berlandaskan kepada situasi liputan media yang dilihat sangat terbatas di Sarawak, sekali gus menyukarkan penggunaan media baharu dalam berkempen.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menganggap isu tiket penerbangan ke Sarawak yang mahal mengecewakannya.

“Kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sarawak tidak sepatutnya berlaku, termasuk menjelang PRN Sarawak,” katanya.

SPR menetapkan tarikh pengundian bagi PRN Sarawak adalah pada 18 Disember ini, manakala penamaan calon diadakan pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.

PRN Sarawak yang sepatutnya diadakan selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lepas tidak dapat berlangsung ekoran perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN Sarawak Ke-12 itu. - Getaran, 27 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad