web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiket Mahal Taktik GPS Bimbang Kalah PRN Sarawak?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 9:02PM

PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang Pilihan Raya Sarawak (PRN) Disember ini, beberapa isu berbangkit mula timbul, termasuk dakwaan bahawa harga tiket penerbangan ke negeri Bumi Kenyalang itu terlalu mahal.

Ada pihak mendakwa harga dikenakan itu melampau dan tidak logik dek akal, apabila terdapat penerbangan ke beberapa daerah di Sarawak menetapkan bayaran ribuan ringgit untuk perjalanan sehala, menyamai kos ke luar negara.

 Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen ketika dihubungi Getarman menganggap, harga tiket mahal untuk perjalanan pergi dan balik itu sebagai taktik disengajakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, taktik ini bagi mengelakkan rakyat Sarawak yang berada di luar negeri itu mampu pulang untuk mengundi.

Menurut beliau, situasi itu juga disifatkan sebagai manipulasi GPS supaya rakyat Sarawak yang bekerja di luar gagal pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Saya rasa punca isu ini kerana bilangan penerbangan untuk masuk dan keluar dari Sarawak dikurangkan serta disekat, sebab itu harganya amat mahal.

“Oleh itu, saya rasa ini memang satu taktik GPS yang sengaja menyebabkan harga tiket Sarawak mahal supaya kurang orang mampu pergi dan balik untuk mengundi,” katanya ketika dihubungi.

Chieng Jen berkata, dalam tempoh fasa pemulihan pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kebebasan mula diterima rakyat, seharusnya bilangan penerbangan untuk masuk dan keluar dari negeri itu kembali normal.

“Sepatutnya dalam tempoh pemulihan COVID-19 kini, bilangan penerbangan Kuala Lumpur ke Sarawak, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk perjalanan dua hala dikembalikan kepada situasi sebelum pandemik.

“Kalau bilangan penerbangan ini dipulihkan, ia akan mampu mengurangkan harga dengan skala lebih besar,” katanya.

Hud Andri Zulkarnaen
Hud Andri Zulkarnaen

Mengulas isu sama, Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Kuching (PEDULI), Hud Andri Zulkarnaen berkata, penurunan harga tiket penerbangan itu sememangnya wajar diberikan atas beberapa keperluan.

Jelasnya, ia bagi membolehkan pengundi Sarawak turun mengundi secara fizikal dan mengurangkan risiko yang mungkin timbul untuk melaksanakan hak terbabit menerusi pos.

Selain itu, harga tiket penerbangan murah juga katanya, memberi peluang kepada rakyat Sarawak di negeri luar pulang sempena cuti persekolahan.

“Tiket murah membolehkan mereka pulang meraikan Krismas, tambahan sambutan ini adalah perayaan penting di Sarawak, terutama dalam kalangan masyarakat Iban.

“Bagi pandangan saya, tiket mahal itu tidak wajar dikenakan kepada sesiapa sahaja, termasuk rakyat Semenanjung yang ingin melancong ke Sarawak kerana apabila harga dikenakan tinggi, bagaimana mereka boleh bercuti ke negeri ini,” katanya.

Hud Andri berkata, harga tiket mahal tersebut memberi persepsi bahawa kerajaan Sarawak bersikap tidak telus dan takut dikalahkan parti lawan.

“Masyarakat akan anggap kerajaan GPS takut sekiranya harga tiket murah, ia menggalakkan orang luar datang beramai-ramai untuk membantu Pakatan Harapan (PH), sekali gus bimbang parti pembangkang itu akan menang.

“Malah, apa yang kita boleh nampak sekarang di Sarawak ini orang cakap di kedai kopi ‘alah tiket mahal bukan apa, GPS takut lah jika PH menang, jadi dia cuba blok dengan cara itu walaupun tidak wajar berbuat demikian,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak Ke-12.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal 14 Disember. – Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish