web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: PH Guna Logo Masing-Masing, Tiada Kaitan Kekalahan Di Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 4:02PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di PRN Melaka baru-baru ini, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata ia adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.

"Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.

“Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan setiap parti komponen PH Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap DUN yang ditandingi pada PRN Sarawak kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Sementara itu, mengenai peruntukan sama rata oleh kerajaan kepada semua Ahli Parlimen, Loke berkata ia merupakan satu usaha yang sangat baik dilakukan oleh kerajaan ketika ini bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata usaha dilakukan kerajaan ketika ini dilihat mampu memberi impak positif supaya semua wakil rakyat dapat memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat selain mampu menstabilkan politik di negara ini.

"Saya juga bercadang membangkitkan isu ini dalam perbahasan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan minggu depan bahawa saya menyokong usaha membawa perubahan dan juga reformasi dalam cara kita berpolitik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran