web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


WARISAN Lebar Sayap Ke Semenanjung Bulan Depan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:29PM

Shafie Apdal (empat dari kiri) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan WARISAN bahagian Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) dijangka melebarkan sayap ke Semenanjung bulan depan, dalam usaha meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu untuk membina sebuah negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan daripada orang ramai termasuk bekas wakil rakyat dan exco di sana.

"WARISAN akan menjadi landasan dan pilihan rakyat dalam memantapkan perjuangan pemimpin dahulu untuk membina sebuah negara tanpa berlandaskan kaum dan agama sahaja.

"Landasan itu sebenarnya sudah dilaungkan oleh pemimpin sekarang tetapi ia tidak dapat ditunaikan, jadi kita beranggapan WARISAN perlu mengambil peranan itu," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan WARISAN Bahagian Tawau, di sini, hari ini.

Tambahnya, untuk itu tiada penjenamaan semula dilakukan terhadap nama parti.

“Dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), kita hanya letak Parti WARISAN sahaja dan ia tidak menunjukkan kenegerian.

“Cuma pada awal penubuhannya, kita hadkan di Sabah sahaja dan ingin ditadbir bersama rakan-rakan kita di sini,” katanya.

Tambahnya, jika UMNO dan Bersatu yang berasal dari Semenanjunglboleh diterima penduduk di Sabah, mengapa tidak parti dari negeri ini melebarkan sayap di sana.

"Ia hanya berasal dari sini, tetapi perjuangannya tetap sama iaitu membina negara maju bersama.

"Saya ada kenalan di Semenanjung yang berpotensi (dalam bidang politik) tetapi tiada platform untuk bertanding atau menyuarakan ke arah pembangunan negara,” katanya.

Menurutnya, setakat ini WARISAN sudah berbincang dengan Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA) dalam usaha mewujudkan kerjasama.

"Walaupun, parti itu belum berdaftar lagi tapi ahlinya sudah ada dalam kalangan anak muda yang berjiwa besar dalam kepimpinan negara.

"Kita perlu lahirkan proses peremajaan dalam kepimpinan negara dan perlu memberikan mereka peluang untuk mentadbir negara,” katanya.

Tambahnya, tindakan itu juga dapat membantu Sabah dan Sarawak memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963.

"Saya sudah fikir panjang. Daripada 222 kerusi Parlimen, Sabah hanya memiliki 25 kerusi manakala Sarawak 31 kerusi, selebihnya iaitu 198 lagi di Semenanjung.

"Justeru, kita kalah apabila pungutan suara menyokong MA63 tidak mencapai undi majoriti," katanya. - Getaran, 24 November 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad