web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU15 Disegerakan, Pakar Beri Reaksi Berbeza

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:33AM

Pakar memberikan pandangan berbeza mengenai kewajaran diadakan PRU dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandemik COVID-19 yang masih menular. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan melihat kewajaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat agar mandat baharu dapat diberikan semula kepada rakyat.

Begitupun saranan itu mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penganalisis politik di negara ini.

Awang Azman Awang Pawi
Awang Azman Awang Pawi

Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berpendapat tidak menjadi masalah sekiranya PRU15 dipercepatkan, tetapi perlu mengambil kira impak penularan jangkitan COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

“Dalam konteks penularan COVID-19 pada PRN Melaka, impaknya sangat minima. Jadi saya rasa tiada masalah untuk PRU15 diadakan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dapati penularan jangkitan di sana tiada impak ketara, jadi mereka boleh buat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah katanya, PRU15 boleh diadakan jauh lebih awal berbanding tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

“Lazimnya kalau diadakan tahun depan, saya berpendapat ia tidaklah terlalu lewat dan tidak pula terlalu awal untuk diadakan PRU15.

“Walaupun tempoh penggal berakhir setiap lima tahun, kadang-kadang empat tahun Parlimen sudah boleh dibubarkan,” katanya.

Namun beliau tidak melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempercepatkan proses tersebut.

“Agak sukar Perdana Menteri nak adakan PRU15 lebih awal kerana jika beliau bersetuju, ini bermakna tempoh jawatannya (sebagai Perdana Menteri) akan lebih pendek.

“Katakanlah kalau Barisan Nasional (BN) menang, belum tentu beliau dilantik sebagai Perdana Menteri semula kerana berdasarkan hieraki dalam parti dia bukan presiden mahupun timbalan presiden,” katanya.

Menurut Awang Azman, saranan tersebut dibangkitkan ketika ini disebabkan keyakinan BN selepas mereka berjaya menawan semula Melaka pada Sabtu lalu.

“Saya tidak lihat kemenangan itu satu keselesaan tapi beri keyakinan kepada mereka bahawa BN boleh menang selepas kejayaan dalam PRN Melaka.

“Jadi ini beri keyakinan kepada mereka untuk bergerak ke hadapan dengan mengadakan PRU15 lebih dekat lagi,” katanya.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

Begitupun, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib pula berpendapat, PRU15 tidak wajar diadakan dengan tergesa-gesa memandangkan penularan jangkitan COVID-19 masih di tahap membimbangkan.

“Seharusnya boleh menunggu sehingga genap tempoh masa untuk PRU15 diadakan. Tidak perlu tergesa-gesa.

“Jika tergesa-gesa kerana yakin akan menang atas sebab tidak ramai yang keluar mengundi, perkara itu adalah tidak wajar,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelaksanaan kaedah e-undi pada PRU15.

“Kaedah e-undi ini salah satu inovasi yang perlu dilaksanakan untuk mengelak pengundian berulang atau penipuan.

“Sistem ini sebenarnya boleh dibina. Pakar teknologi maklumat (IT) dan penganalisa sistem boleh mereka cipta kemudahan seperti itu,” katanya.

Pada masa sama, Kartini berkata keputusan PRN Melaka tidak memberi jaminan BN akan terus diberi mandat oleh rakyat untuk terus mentadbir negara pada masa akan datang.

“Keputusan PRN Melaka tidak boleh dilihat mewakili apa yang akan berlaku pada PRU15 nanti kerana faktor isu semasa berubah-ubah.

“Malah keinginan lokal bagi setiap negeri melalui hubungan persekutuan dan negeri juga berbeza,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat rakyat perlu diberikan masa dan kerajaan pula seharusnya menjalankan kewajiban mereka membantu rakyat menghadapi cabaran pasca COVID-19.

Namun, katanya, BN wajar dipuji kerana strategi meletakkan 80 peratus muka baharu dalam PRN Melaka amat berkesan.

“Strategi itu berhasil memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada BN.

“Strategi sama telah digunakan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) di mana BN memenangi semua kerusi pada 2019 (ketika Pakatan Harapan masih kerajaan),” katanya. - Getaran, 24 November 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad