web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saranan PRU15 Disegerakan Bukan Untuk Kepentingan UMNO Tetapi Kembalikan Mandat Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:17AM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Saranan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan  bukanlah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada kestabilan kerajaan dan politik semasa.

“Janganlah pula anggap bila saya kata buat PRU sebab kita baru menang pilihan raya (Melaka), tapi ini sebab kita nak pulangkan mandat kepada rakyat. Demokrasi ialah mandat rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat Negeri Sembilan di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan petang tadi bahawa PAS tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah meminta supaya PRU15 diadakan segera selain menyatakan PRU15 ditentukan Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

Semalam, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau itu dilaporkan berkata wajar PRU15 diadakan dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran