web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Henti Politik Isu Pinjaman Pendidikan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 8:53PM

Pinjaman PTPTN perlu dibayar oleh peminjam mengikut syarat yang ditetapkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan mempolitikkan isu pinjaman pendidikan perlu dihentikan kerana ia melibatkan masa depan peminjam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, isu berkenaan sepatutnya tidak dipolitikkan dari awal lagi bagi mengelak isyarat salah kepada peminjam, apabila terlalu banyak janji manis politik diberikan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, masih terdapat ramai peminjam, khasnya golongan muda yang ‘liat’ untuk melunaskan pinjaman pendidikan masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan selepas tamat pengajian.

“Apa yang menyedihkan ialah tiap kali adanya proses pilihan raya, isu pinjaman pendidikan mendapat tempat dalam kalangan ahli politik kita. Pelbagai jenis janji manis dilemparkan kepada peminjam termasuklah potongan hebat jumlah pinjaman sehingga pemansuhan terus segala hutang yang ada. 

“Akibat daripada janji manis ini, para peminjam mengambil isu berkenaan dengan mudah dan ada mengambil peluang untuk tidak membayar terus segala pinjaman pendidikan mereka kerana menunggu segala janji manis dipenuhi,” katanya, hari ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini dilaporkan merekod kutipan bayaran balik pinjaman berjumlah RM15.5 bilion sehingga 30 September lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, jumlah tersebut bagaimanapun adalah kecil jika dibandingkan dengan bayaran yang sepatutnya diterima PTPTN, iaitu RM24.6 bilion berikutan 2.4 juta pemimjamnya telah menamatkan pengajian masing-masing.

Menurut beliau, sehingga kini, 77.75 peratus peminjam telah mula membayar semula pinjaman masing-masing dengan hampir 800,000 telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

Dr Muzaffar Syah Mallow
Dr Muzaffar Syah Mallow

Dalam pada itu, Muzaffar Syah berkata, tidak salah sekiranya ada pihak lantang bersuara untuk membantu peminjam pendidikan melunaskan segala hutang mereka dengan memudahkan proses pembayaran pinjaman.

“Namun, satu perkara pokok yang paling penting dalam perkara ini ialah setiap daripada peminjam perlu diberitahu dengan tegas, bahawa setiap hutang wajib dibayar mengikut perjanjian yang telah dibuat tanpa berlengah- lengah.

“Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, orang muda khususnya harus di didik dari awal supaya mereka lebih berdisiplin untuk melunaskan segala tanggungjawab mereka," katanya.

Tegas beliau, sekiranya peminjam dilatih dari awal untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan dan hutang, mereka pasti dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran yang bakal ditempuh.

Semua ahli politik katanya, perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjalankan kempen mereka. 

“Jangan jadikan isu pendidikan sebagai bahan atau kempen politik, kerana pihak yang terbabit dengan pemberian pinjamaan berkenaan telah bertungkus-lumus memastikan peminjam dapat melunaskan kembali segala pinjaman dengan cara penuh tertib mengikut budi bicara semua pihak terlibat.

“Sudah terdapat pelbagai konsesi serta proses pemudahcara bagi proses melunaskan kembali segala bentuk pinjaman pendidikan yang dibuat, dan telah dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada peminjam untuk melunaskan kembali pinjaman pendidikan mereka,” katanya. - Getaran, 22 November 2021.

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad