web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akar Umbi Mahu 'Arkitek' PKR Kembali Sebelum Tersungkur PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 1:44PM

Pakatan Harapan hanya menang 5 kerusi pada PRN Melaka, Sabtu lalu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan PKR yang tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuatkan kehadiran Naib Presidennya, Rafizi Ramli kembali dirindui dalam pentas politik.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, tinjauan pihaknya mendapati perkara tersebut turut disuarakan akar umbi AMANAH dan DAP, yang menyifatkan Rafizi sebagai arkitek kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Razeef Rakimin
Razeef Rakimin

Menurut beliau, Rafizi sebelum ini menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu membantu penubuhan AMANAH bagi menggantikan PAS yang dikatakan bersekongkol dengan UMNO ketika itu.

"Rafizi melalui Invoke di bawah seliaan beliau telah turun ke lapangan dan berjaya membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad. Namun setelah berjaya menawan Putrajaya, pandangan dan kritikan Rafizi mula ditolak pimpinan PH.

''Teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam PH dan tumbangnya kerajaan PH selepas hanya memerintah selama 22 bulan,” katanya, hari ini.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Rafizi sebelum ini menjelaskan, beliau tidak akan kembali ke arena politik bagi memberi tumpuan kepada pembelajaran berkaitan teknologi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, ia adalah tahap baharu hidupnya yang sedang memberi tumpuan untuk mempelajari kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan Internet Kebendaan (IoT).

Pada masa sama, beliau mahu terus menjadi ‘orang biasa’ dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Dalam perkembangan berkaitan Razeef menegaskan, keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang ketika blok itu mencapai kemenangan menerusi PRU yang lalu.

"Tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi pula adalah dari AMANAH.

"Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi ditandingi," katanya.

Sementara itu, tinjauan Getaran di media sosial, khasnya Facebook mendapati kepulangan Rafizi turut dinanti akar umbi PH bagi  membantu blok itu menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlansung Disember nanti.

Majoriti pengguna Facebook menyatakan Rafizi perlu segera kembali dengan strategi yang beliau ada atau PH akan tersungkur pada PRU-15 akan datang.

"Team Data dan Research seperti Invoke yang diketuai oleh Rafizi perlu segera kembali kepada PH.

"Hentikan menerima pemimpin lompat parti. Akar umbi perlu dikukuhkan dan diperkuatkan," kata seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Salleh Jatil. - Getaran, 22 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad