web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalah Menang Calon Muda Adat Pertandingan - ARUS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 11:38AM

Farzana Hayani tumpas di DUN Rambai. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan kesemua calon muda Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka parti Pakatan Harapan, khususnya Farzana Hayani Mohd Nasir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai disifatkan sebagai adat pertandingan.

Pengasas Bersama Arus Anak Muda (ARUS) Nabil Halimi berkata, kekalahan ini harus menjadi satu pengalaman yang baik untuk beliau  meneruskan perjalanan di medan politik moden.

“Bagi saya masih ada ruang, kerana perjalanan mereka masih jauh, justeru walaupun tewas pada PRN ini, ia harus diterima sebagai pengalaman yang baik.

“Ia wajar dijadikan pedoman untuk terus berkhidmat kepada rakyat di DUN terbabit, bagi membolehkan pengundi setempat mengenali mereka dengan lebih dalam,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nabil, prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi antara faktor mengapa majoriti calon muda tidak dikenali oleh rakyat di DUN yang ditandingi.

“Tiada kebenaran bagi melaksanakan kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah serta aktiviti secara walkabout dan ia perlu diambil kira sebagai antara halangan bagi membolehkan semua calon baharu dikenali rakyat.

“Malah, parti PH mengetengahkan calon muda di kawasan luar bandar dan perlu untuk kita mengambil kira pelbagai faktor luaran, antaranya capaian internet dan literasi politik yang jauh berbeza,” tegasnya.

Nabil Halimi
Nabil Halimi

Nabil berkata faktor kelesuan politik juga perlu diambil kira kerana kempen secara bersemuka membolehkan interaksi antara calon muda dengan penduduk kawasan setempat lebih progresif.

Tambah beliau, kempen melalui rangkaian televisyen dan media serta aplikasi teknologi selaras norma baharu ini tidak begitu efektif di kawasan luar bandar.

“Walapun calon muda kini mahir serta lebih efisyen mengaplikasi kempen secara maya, namun faktor capaian internet serta literasi media di kawasan luar bandar menjadi halangan utama mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, cara PH yang menonjolkan corak politik baharu dengan memberi peluang kepada golongan belia harus dijadikan tauladan serta titik mula yang perlu dicontohi parti lain.

“Secara ideal, parti politik yang mengetengahkan calon muda ini perlu dicontohi, bagi mendidik dan melatih anak muda supaya bersedia untuk bertanding, sekali gus mematangkan mereka dalam meneroka cabaran dunia politik.

“Jangan patahkan semangat mereka dengan mengatakan bahawa  politik ini tidak relevan dan tidak sesuai bagi umur dan pengalaman dimiliki.

“Pemimpin sedia ada ini pun diberi ruang pada usia muda semasa mereka mula berjinak dalam politik, dan sehingga kini masih mempertahankan kerusi masing-masing.

“Bagi saya kelangsungan dan kestabilan antara generasi muda perlu ada,” ujarnya. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad