web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 11:03PM

Adly dan Anthony ketika di sidang media Pakatan Harapan malam ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pakatan Harapan menghormati keputusan rakyat yang tidak memilih gabungan itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kekalahan itu diterima dengan hati terbuka dan mereka perlu bekerja keras untuk meyakinkan rakyat pada pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, kekalahan PH pada PRN di negeri terbabit adalah mesej daripada rakyat yang perlu dihayati pimpinan parti itu, sekali gus memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan sehingga menyebabkan rakyat menghukum mereka.

Saifuddin Nasution berkata kekalahan ini adalah mesej daripada rakyat yang perlu dihayati. - Gambar oleh Alif Omar
Saifuddin Nasution berkata kekalahan ini adalah mesej daripada rakyat yang perlu dihayati. - Gambar oleh Alif Omar

“Berdasarkan keputusan, mereka (pengundi) kembali meletakkan BN untuk menubuhkan kerajaan Melaka dan PH akan buat pengamatan yang meliputi pelbagai perkara. Saya ucapkan tahniah kepada BN dan UMNO.

“Keputusan ini mengesahkan kedudukan politik Melaka yang sebelum ini berada dalam keadaan tidak menentu.

“PH akan lakukan pengamatan dan kajian kekalahan kita merangkumi pelbagai aspek, yang mampu menjadi permulaan untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media di bandar Melaka, hari ini.

Ditanya berkenaan apakah penerimaan dua bekas wakil rakyat UMNO adalah punca kekalahan teruk mereka, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR seolah-olah tidak menjawab pertanyaan tersebut.

“Kami akan buat penelitian dan pengamatan berdasarkan keputusan dan saluran itu. Kami tak mahu buat keputusan dan andaian sendiri kerana kami perlu lakukan kajian semula sama ada kekalahan ini terkait disebabkan dua pemimpin (Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan) itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menegaskan, kemenangan yang dicapai oleh BN disebabkan peratusan keluar mengundi bagi PRN di negeri berkenaan terlalu rendah iaitu sekitar 61 peratus di samping kebimbangan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19.

“Kita akan lakukan penelitian bagi kita dapat perbaiki kelemahan kita dari semasa ke semasa. Saya yakin masih ada ruang untuk kita pertingkatkan kekuatan kita,” katanya.

Sementara itu, walaupun kecewa dengan kekalahan terbabit, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, partinya tetap berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang dimiliki di Melaka.

“Kita masih kalah di kawasan kampung yang majoritinya dimenangi oleh BN, namun kekuatan di kawasan bandar masih tetap utuh.

“Saya harap semua pimpinan PH akan mengkaji dan mencari jalan sebaiknya bagi kita mengatasi cabaran yang telah kita hadapi, di samping memfokuskan penelitian terhadap golongan pengundi atas pagar,” katanya. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad