web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Calon PRN Melaka Muat Naik Kertas Undi?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 6:12PM

Gambar kertas undi PRN Melaka ini tular di media sosial dan dipercayai dirakamkan di kawasan DUN Lendu. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui undi adalah rahsia, namun tidak bagi seorang wanita apabila gambar kertas undi miliknya tular di media sosial, selepas ia dimuat naik di status WhatsApp miliknya.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan isteri kepada seorang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berdasarkan gambar, kejadian tersebut dipercayai dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

DUN Lendu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) (Barisan Nasional-BN), Mohamad Asri Ibrahim (Pakatan Harapan-PH) dan Mejar (B) Abdullah Mahadi (Perikatan Nasional-PN).

Wanita terbabit dilihat memangkah calon PN, Mejar (B) Abdullah Mahadi yang namanya sudah dikaburkan selepas gambar tersebut menjadi tular.

Gambar tersebut turut mengundang kecaman warganet yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas ke atas individu tersebut.

“Zaman ini undang-undang mana relevan dah. Bunuh orang pun boleh lepas dan ikat jamin. Setakat bocorkan rahsia ini apa ada hal. Selesai bawah meja sahaja,” kata seorang netizen, Uda Saiful Marzuki.

“Kini undi bukan lagi rahsia,” kata Muhammad Fadzril Fazil pula secara sinis.

“Kalau dah isteri pun dia tak boleh nak pimpin, maka baik lupakan sahajalah calon ini! Buang masa saja nanti. Menyusahkan rakyat saja jadinya.Yang dah ada dalam Parlimen ni pun dah cukup menyusahkan rakyat,” kata seorang lagi netizen, Ameri Mohd Shariff.

SPR sememangnya melarang pengundi untuk menularkan gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul berkaitan pilihan raya.

Mana-mana individu didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). - Getaran, 20 November 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad