web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Lakukan Lawatan Kerja Ke Sarawak Esok

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 8:58PM

Anwar Ibrahim

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melakukan lawatan kerja ke Sarawak esok.

Ketua Penerangan PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, lawatan kerja itu dilakukan sempena dengan tugas rasmi beliau sebagai Presiden PKR.

Menurut beliau, Anwar dijangka melancarkan jentera pilihan raya Keadilan Sarawak di dua tempat iaitu di Kuching pada jam 10 pagi manakala di Miri pada 4 petang.

"Ini sebagai persiapan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 tidak lama lagi," katanya hari ini.

Beliau berkata, memandangkan Sarawak masih tidak dibuka sepenuhnya untuk aktiviti melibatkan penyokong dan ramai orang, PKR Sarawak memohon maaf kepada ahli dan penyokong.

"Ini kerana kita tidak membuka aktiviti kali ini kepada ahli dan penyokong serta orang ramai demi mematuhi kekangan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa yang membenarkan maksimum 100 peserta sahaja," ujarnya.

Katanya, PKR Sarawak sangat mengalu-alukan kedatangan Presiden ke negeri itu bagi melancarkan jentera pilihan raya negeri.

"Kita sudah pun bersiap-sedia dari awal untuk menawarkan pembaharuan yang diinginkan rakyat," jelasnya. - Getaran, 19 November 2021
 

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut