web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Esok, 495,195 Rakyat Melaka Bakal Tentukan Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 6:01PM

Petugas SPR membuat persiapan akhir untuk proses pengundian PRN Melaka, esok. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Esok hari penting bagi rakyat Melaka kerana ia akan menentukan gabungan parti politik mana akan menjadi pilihan seramai 495,195 orang pengundi berdaftar, untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Apabila selesainya tempoh berkempen dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada 11.59 malam ini, tumpuan akan terarah ke 217 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), tempat calon-calon bertanding ‘menyerah nasib’ di tangan rakyat Melaka, bumi bersejarah ini.

Daripada jumlah pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, seramai 476,037 orang pengundi biasa yang akan mengundi esok, 11,557 orang pengundi awal telah mengundi pada 16 November lalu, manakala 7,601 orang mengundi secara pos.

Mengimbangi antara tuntutan demokrasi dan kesihatan rakyat kerana pandemik COVID-19 yang masih ada, proses mengundi perlu mengikuti SOP ketat yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelak jangkitan.

Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan pengundi perlu mengimbas kod respon pantas (QR) MySejahtera sebelum masuk ke PDM.

Pengundi bergejala atau mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas, akan diasingkan serta-merta daripada pengundi yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk memangkah).

Ejen parti atau calon yang telah selesai bertugas atau pengundi yang telah mengundi perlu segera meninggalkan pusat mengundi, dan pengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau di portal Semakan Daftar Pemilih SPR sebelum keluar mengundi.

Bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa, peringkat waktu yang digalakkan adalah pada pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 hingga 4.30 petang.

Bagi pusat penjumlahan rasmi undi, hanya lima penyokong bagi calon yang menang (keputusan tidak rasmi) dan tiga orang penyokong calon lain dibenarkan hadir manakala sebarang acara sambutan atau majlis keraian kemenangan calon tidak dibenarkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di sebelah pagi di kesemua daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah dan Jasin, manakala ribut petir dijangka berlaku di ketiga-tiga daerah tersebut pada sebelah petang.

PRN Melaka menarik penyertaan seramai 112 calon dengan  Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 28 kerusi, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22).

Daripada jumlah calon bertanding, seramai 96 orang adalah calon lelaki manakala baki 16 wanita dengan sembilan calon berusia 21 hingga 29 tahun, 21 calon (30-39 tahun), 35 calon (40-49 tahun), 36 calon (50-59 tahun) dan 11 calon (60 tahun ke atas) dengan calon tertua berusia 68 tahun.

PRN kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN, lima penjuru (5 DUN), empat penjuru (9 DUN), tiga penjuru (11 DUN).

Kerusi dijangka panas ialah DUN Asahan yang menyaksikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berdepan pertandingan enam penjuru manakala Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula berdepan pertandingan tiga penjuru di DUN Lendu.

Di DUN Tanjung Bidar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh ditentang Datuk Ermieyati Samsudin dalam pertandingan tiga penjuru, manakala seorang lagi bekas Ketua Menteri Adly Zahari berdepan pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Katil.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu (esok) berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Sulaiman Md Ali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95