web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka Bukan Keperluan COVID-19 Cetus Kebimbangan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 12:14PM

PRN Melaka diadakan selepas 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLEBANG - Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya berbaki sehari lagi, masih ramai berpendapat ia sebenarnya tidak perlu diadakan, susulan penularan COVID-19 yang masih meninggi.

Berdasarkan tinjauan Getaran, majoriti warga Melaka enggan melihat gelombang baharu COVID-19 disebabkan PRN yang terpaksa diadakan akibat pergolakan politik di negeri terbabit.

Bagaimanapun, demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya, mereka nekad keluar mengundi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sekali gus mengakhiri pergolakan politik.

Tarmizi Md Zin
Tarmizi Md Zin

Menurut seorang pekerja swasta, Tirmizi Md Zin, PRN harus dilaksanakan disebabkan penarikan sokongan oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, PRN tidak perlu dilaksanakan sehingga pada waktu yang sesuai, jika senario yang berlaku adalah sebaliknya.

“Pada saya, keluar mengundi itu adalah memang satu tanggungjawab, jadi kita pilihlah yang terbaik buat negeri ini,” katanya yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Izlan Selamat
Izlan Selamat

Seorang pengundi di DUN Pantai Kundur, Izlan Selamat berpendapat, PRN Melaka sepatutnya tidak berlaku, jika mengambil iktibar daripada peningkatan penularan wabak COVID-19 akibat PRN di Sabah tahun lalu.

Katanya, senario PRN di Melaka kali ini bagaimanapun berbeza disebabkan SOP ketat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang aktiviti berkempen secara bersemuka termasuk ceramah.

“PRN Melaka terpaksa dijalankan disebabkan empat ADUN melompat parti kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran negeri Melaka. Tindakan mereka membuka mata rakyat dengan apa yang sudah berlaku.

“Saya sebagai warga Melaka, Insya Allah esok akan keluar mengundi bersama keluarga dan memilih parti terbaik untuk negeri ini,” katanya.

Fai Adnan
Fai Adnan

Bagaimanapun, bagi seorang peniaga, Fai Adnan, dia memilih untuk tidak keluar mengundi pada Sabtu ini disebabkan beberapa hal iaitu virus COVID-19 dan tindakan pemimpin politik yang kerap melompat parti.

Menurutnya, risiko untuk dijangkiti COVID-19 masih tinggi lebih-lebih lagi di tempat mengundi yang akan menjadi tumpuan warga Melaka Sabtu ini.

“Sebenarnya PRN Melaka ini bagi saya tak perlu, disebabkan COVID-19 masih ada, jika kes meningkat kita tak boleh raya lagi.

“Lagi satu, sebab pemimpin politik yang kerap melompat ini membuatkan saya tak berapa suka. Jika kita undi sekali pun mereka akan lompat lagi, jadi ia tidak berbaloi,” katanya. - Getaran, 19 November 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut