web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarawak Tolak Parti Politik Semenanjung - Abang Johari

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 5:55PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Ketua Menteri Sementara Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkata parti-parti politik Semenanjung tidak harus menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana mereka tidak dialu-alukan.

“Elakkan pilihan raya negeri. Biarkan Sarawak kepada kami. Kami rakyat Sarawak tahu bagaimana untuk mentadbir negeri. Kita tidak mahu politik Malaya berakhir di Sarawak,'' katanya ketika berucap merasmikan kompleks Dewan Bandaraya Miri yang bernilai RM90 juta, pagi tadi.

Jelasnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tahu bagaimana untuk mentadbir negeri.

''Kami lebih mengenali Sarawak daripada orang lain. Lihatlah di Tanah Melayu, mereka mempunyai tiga Perdana Menteri dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kita tidak mahu politik kami berakhir seperti itu,'' katanya.

Pada masa sama, Johari berkata, beliau gembira bahawa Miri masih mempunyai potensi ekonomi sebagai bandar minyak Sarawak.

Bagaimanapun katanya, keadaan politik tempatan di Miri perlu kekal stabil.

''Miri mempunyai prospek yang baik untuk pelaburan petroleum, namun politik perlu stabil. Shell tidak akan datang jika politik di Miri tidak stabil. Saya telah bercakap dengan pengurusan tertinggi Shell dan mereka mahu membuat lebih banyak pelaburan di sini.

''Tapi jika politik di Miri tidak stabil, siapa nak datang?'' soalnya.

SPR mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut pada 3 November 2021. - The Vibes, November 15, 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan