web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bagai Tikus Menentang Gajah, Mohd Akhir Berjuang Demi Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 11:25AM

Mohd Akhir Ayob - Gambar Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Biar pun kehadirannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai ‘tikus melawan gajah’, namun semangat juang dimiliki tidak pernah luntur, demi menyelamatkan pengundi di Asahan daripada menjadi mangsa kerakusan politik.

Berbekalkan sokongan daripada masyarakat sekeliling yang tidak henti-henti diterima, Mohd Akhir Ayob, 50, memberanikan diri untuk tampil selaku calon bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Walaupun berdepan dengan calon gergasi iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, namun ia sama sekali tidak membuatkan beliau gentar.

“Semua orang tahu bahawa dia (Idris) bekas Ketua Menteri, pada masa sama orang juga tahu bahawa dia jugalah yang menjatuhkan kerajaan Melaka sebelum ini, sehingga mengheret rakyat ke PRN tatkala masih dalam pandemik COVID-19.

“Mengapa dia menjatuhkan kerajaan sebelum ini saya tak tahu, tapi apabila dia masuk (bertanding) di tempat sini, saya tak boleh berdiam diri dengan apa yang telah dia lakukan dan terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan masyarakat di sini daripada terjerumus dalam masalah politik yang tidak berkesudahan,” katanya ketika ditemui Getaran.

Idris Haron - Gambar Syeda Imran
Idris Haron - Gambar Syeda Imran

Untuk rekod, Idris adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang pada penggal lalu di bawah Barisan Nasional (BN), sebelum menarik semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Ali.

Idris kini bertanding sebagai calon di DUN Asahan untuk mewakili Pakatan Harapan (PH), namun kehadirannya dipertikaikan pelbagai pihak termasuk DAP.

Bekas pesara tentera berpangkat Pegawai Waran itu berkata, beliau tidak senang  melihat masyarakat di Asahan dianiaya dan ditipu dengan pelbagai janji yang tidak pernah ditepati oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, beliau sendiri melihat bagaimana keperitan hidup penduduk di sekitar Asahan, yang semakin lama semakin melarat namun sedikit pun tidak diendahkan oleh pemimpin atasan lantaran terlalu asyik berpolitik.

“Selama 22 bulan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH), saya berkhidmat dalam Jawatankuasa dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di sini, macam-macam masalah penduduk yang saya jumpa.

“Saya cuba selesaikan satu persatu masalah orang kampung namun apa yang pemimpin ketika itu lakukan? Mereka sedikit pun tidak peduli dan sibuk merebut kuasa sehingga mengabaikan rakyat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menghadapi jentera pesaing yang lebih tersusun, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, beliau tidak gusar sama sekali memandangkan prosedur operasi standard (SOP) daripada kerajaan amat ketat sehinggakan peluang setiap calon hampir setara.

“Betul pergerakan mereka lebih tersusun kerana serba lengkap semuanya, namun saya juga ada kekuatan tersendiri apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dalam berkempen termasuklah penduduk di sini.

“Dari situ kita boleh nampak, penduduk di Asahan ini mahukan perubahan, mereka mahukan kestabilan politik dan wakil rakyat untuk membantu mengubah kehidupan mereka yang serba kekurangan terutamanya ketika pandemik.

“Inilah sebabnya saya masuk bertanding, menang atau kalah itu nombor dua, yang penting kita lawan,” katanya.

Kenyataan Mohd Akhir ternyata benar kerana sepanjang hampir dua jam ditemubual, beliau tidak putus-putus disapa penduduk setempat tanpa mengira usia dan kaum di gerai makan yang menjadi lokasi pertemuan dengan Getaran.

PRN Melaka DUN Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan Mohd Akhir yang bertanding atas tiket Bebas dan Idris (PH), selain Fairul Nizam Roslan (BN), d@Dhanesh Basil (Perikatan Nasional), Azhar Abd Hamid (Bebas) dan Mohd Noor Salleh (Bebas). – Getaran, 13 November 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad