web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon PRN Melaka Wajib Tandatangani Akujanji Rasuah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 7:30AM

Muhyiddin Yassin (dua, kanan) hadir pada program Pentas Pilihan Raya Negeri Melaka di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan mewajibkan setiap calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangani akujanji menentang rasuah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata akujanji itu adalah bukti dan komitmen parti berkenaan dalam mendukung prinsip integriti. 

“Teras dan pendirian PN adalah menentang salah guna kuasa, rasuah, memberikan layanan adil dan saksama kepada semua pihak. Ini jaminan kerajaan PN yang bakal dibentuk di Melaka. 

"Jadi untuk menunjukkan betapa kita komited menentang rasuah, kita sediakan akujanji yang saya minta semua calon kita untuk menandatanganinya dalam sehari dua ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Manakala, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyertai program itu secara maya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, PN akan melancarkan manifesto parti berkenaan dalam tempoh terdekat.

Manifesto itu akan menyenaraikan perkara utama dan penting untuk diberikan perhatian supaya Melaka menjadi negeri yang lebih maju serta makmur. 

Pada masa sama, beliau turut meminta kerajaan supaya memberikan kelonggaran kepada semua calon berkempen. 

Katanya, walaupun prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan sepanjang PRN Melaka adalah untuk mengawal penularan jangkitan pandemik COVID-19, ruang harus diberikan kepada calon untuk lebih bebas berkempen. 

“Apa pun keadaan, saya minta kerajaan memberi pertimbangan dan kelonggaran berhubung SOP sedia ada. Saya faham pelaksanaan SOP untuk kawal pandemik, namun diharap semua calon diberikan ruang dan lebih banyak kebebasan untuk turun ke padang. 

“Ini kerana jika calon tidak turun berjumpa dengan pengundi, tidak memberi gambaran yang baik, seolah-olah kita sombong,” katanya yang juga Presiden BERSATU .

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad