web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Idris Haron Sukar Menang Di Asahan - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 4:00PM

Tidakan Idris (tengah) melompat parti tidak digemari pengundi yang mungkin merasakan beliau seorang ahli politik tidak berpendirian. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib, tindakan beliau yang melompat parti sedikit sebanyak menjejaskan peluang tersebut.

“Walaupun Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang tinggi untuk menang, namun agak berbeza dengan nasib Idris Haron meskipun beliau anak jati Asahan. Pengundi mula mempersoalkan integriti beliau sebagai ahli politik.

“Tindakan beliau melompat parti tidak digemari pengundi yang mungkin merasakan beliau seorang ahli politik tidak berpendirian dan mengutamakan kepentingan diri berbanding rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Malah katanya, saingan enam penjuru di kubu kuat BN itu turut akan merumitkan lagi keadaan.

“Agak menarik di DUN Asahan kerana beliau menentang tiga calon bebas yang saya rasa ditaja orang luar untuk memecahkan undi di kawasan itu.

“Ini mungkin satu strategi untuk membolehkan beliau menang tetapi harus diingat, beliau sudah tentu akan menerima tentangan sengit daripada calon BN,” katanya.

Pada masa sama, Kartini turut memberi bayangan bahawa peluang seorang lagi bekas ADUN UMNO, Datuk Nor Azman Hassan untuk mempertahankan kerusinya di DUN Pantai Kundor agak samar.

“Saya rasa mana-mana calon yang ‘lompat katak’ akan berdepan cabaran iaitu defisit kepercayaan daripada pengundi setempat melainkan calon tersebut mempunyai track record yang sangat baik.

“Namun peluang untuk beliau dan juga Idris Haron ditumbangkan calon lawan di DUN masing-masing tetap ada,” katanya.

Melihat kepada keadaan politik semasa ketika ini, Kartini berpendapat PH berupaya menawan semula Melaka tetapi dengan majoriti tipis.

“Secara demografi, Melaka di kawasan semi-urban pertama (55 peratus Melayu, 45 peratus bukan Melayu) penyokong Melayu akan ada yang menyokong PH dan bukan Melayu juga akan menyokong calon Melayu dari PKR atau AMANAH.

“Bagi kawasan semi-urban kedua (75 peratus Melayu, 25 peratus bukan Melayu) di kawasan ini undi Melayu berpecah-pecah kerana pilihan calon dari UMNO, PKR, AMANAH, PAS dan Pakatan Nasional (PN),” katanya.

Tambah beliau lagi, semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH telah memenangi 17 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sebelum tindakan empat ADUN gabungan parti itu lompat parti pada Mac lalu.

“Keadaan majoriti tipis ini semakin melarat apabila empat ADUN menarik sokongan kepada PN pada 4 Oktober lalu maka PRN Melaka terpaksa diadakan.

“Dendam melompat parti ini akan dikenang oleh rakyat Melaka terutama penyokong PH dan mereka yang berani berkata tidak pada UMNO,” katanya.

Pada PRU-14, DUN Asahan dimenangi calon BN, Datuk Abdul Ghafar Atan dengan majoriti 275 undian menewaskan calon PH, Zamzuri Arifin dan calon Pas, Azlan Maddin.

Pada PRN Melaka yang akan berlangsung 20 Oktober ini, Idris akan berdepan saingan sengit daripada Fairul Nizam Roslan (BN), Danesh Basil (PN) dan tiga calon bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 49 minit yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 28 minit yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad