web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Fasih Berbahasa Kebangsaan, Calon DUN Kesidang Tular Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 5:41PM

Hui Ying nafi tidak fasih berbahasa kebangsaan. - Gambar ihsan BN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun baru beberapa jam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula, sudah ada cerita tidak sedap didengar mengenai calon muda dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying.

Dalam satu video yang tular di media sosial hari ini, wanita berusia 29 tahun berkenaan dilihat tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, malah seakan gagal memahami soalan diajukan wartawan menggunakan bahasa kebangsaan itu.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, Hui Ying disoal mengenai kredibiliti dan misinya sebagai calon politik di Melaka, namun pertanyaan itu gagal dijawab.

Sebelum video tamat, beliau menjawab secara ringkas ‘I will try my best’ (saya akan cuba yang terbaik) ketika ditanya bagaimana mahu bersaing dengan calon lebih senior.

Penularan video itu mencetuskan perbalahan dan kritikan dalam kalangan netizen yang mempertikaikan pemilihan Hui Ying sebagai calon DUN berkenaan.

“Tak reti cakap bahasa kebangsaan. Soalan pun tak faham,” ciap @Gang_Utara menerusi Twitter sebagai respon kepada video itu.

“Nak jadi wakil rakyat di Malaysia tetapi bahasa kebangsaan pun tak faham, orang macam ni nak diangkat jadi wakil rakyat ke?” kata seorang netizen di Facebook.

“Memalukan, calon BN tak tahu berbahasa Melayu,” tulis pula AMALMEDIA.CO

Menyedari dirinya menjadi bualan dan kritikan mengenai perkara itu, Hui Ying yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan, Shih Hsin University, Taiwan dilaporkan tampil menafikan beliau tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Timbalan Ketua Biro Penerangan Wanita MCA Kebangsaan itu turut memohon orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan dakwaan itu, sebaliknya berharap dirinya terus diberikan sokongan. – Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad