web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanjung Bidara Sah Terima Saingan 3 Penjuru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 10:47AM

Ab Rauf Yusoh tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Datuk Kapten (B) Ab Karim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - Kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara (N02) secara rasmi menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

BN diwakili Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang dicabar Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dari PN dan calon PH, Zainal Hassan.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman berkata, borang pencalonan pertama dikemukakan Zainal, pada jam 9.02 pagi.

Ia diikuti calon PN, pada jam 9.12 pagi dan BN pada jam 9.15 pagi. 

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN berkenaan di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini.

Menurut Mohamad Farid, tiada calon lain termasuk dari parti Bebas hadir pengemukakan pencalonan atau pencalonan yang ditolak. 

Proses penamaan dimulakan dengan ketibaan Zainal seawal jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Kehadirannya disusuli Ab Rauf yang tiba di perkarangan dewan pada jam 8.40 pagi, dan turut diiringi bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Tepat jam 8.49 pagi, calon Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula tiba di pusat penamaan tersebut bersama penyokong dan pencadang. -  Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran