web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak, Pertimbang Semula Pelaksanaan, Elak Nafi Hak Belia Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 1:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dianggarkan seramai 125,000 hingga 135,000 belia di Sarawak akan dinafikan hak mereka untuk mengundi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tahun ini.

Persatuan Pengundi Muda (Undi18) dan Undi Sarawak menyifatkan, keputusan untuk mengadakan PRN di negeri itu pada tahun ini, iaitu sebelum pelaksanaan Undi18 adalah pramatang kerana mengabaikan hak mengundi golongan belia.

“Mahkamah pada September mengarahkan kerajaan Persekutuan melaksanakan 18 tahun sebagai umur minimum pengundi baharu menjelang akhir tahun ini. Keputusan itu bagi memastikan golongan belia, khususnya di Sarawak, layak mengundi pada PRN akan diadakan.

“Justeru, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada tahun ini akan mengetepikan hak 125,000 hingga 135,000 pengundi belia Sarawak,” kata kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) terbabit menerusi kenyataan bersama.

Sarawak bakal mengadakan PRN dalam 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berkenan menamatkan proklamasi darurat di negeri itu yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lalu.

Permohonan bagi menamatkan proklamasi darurat itu dibuat selaras peruntukan undang-undang selepas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadap baginda.

Menerusi kenyataan itu, NGO terbabit menggesa kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan semula perancangan mengadakan PRN pada tahun ini, terutama dalam situasi negara yang masih belum bebas daripada pandemik COVID-19.

“Malaysia kini berada pada peringkat pemulihan pandemik tetapi belum pulih. Malah Sarawak masih berdepan purata sebanyak 500 kes baharu dan lebih 10 kematian setiap hari,” katanya.

Menurut kenyataan itu, walaupun mereka menyokong demokrasi, Perlembagaan Persekutuan mempunyai beberapa kaedah sementara untuk menangguhkan pilihan raya pada masa darurat.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum melakukan rancangan berbeza secara drastik untuk memastikan prosedur kempen lebih selamat,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan