web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama UMNO-PAS-BERSATU Diteruskan, Hadapi PRN Dengan Muafakat Nasional

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 4:44PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar dari Facebook PAS Terengganu

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan saling berganding bahu di bawah panji Muafakat Nasional bagi menghadapi tentangan lawan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 November nanti.

Pendirian itu didedahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Percaturan politik ketiga-tiga parti ini ternyata bercanggah dengan ketetapan dizahirkan UMNO sebelum ini, yang berkeras menolak sebarang kerjasama melibatkan BERSATU.

Menurut Tuan Ibrahim, barisan pemimpin parti membuat keputusan tersebut usai satu mesyuarat politik malam semalam.

“Ini merupakan berita gembira, malam tadi kita mengadakan mesyuarat dengan semua parti ini sebagai persiapan menghadapi PRN Melaka, nampaknya PAS semakin dikehendaki semua parti ini, UMNO pun menyatakan persetujuan bersama kita.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana mahu muafakat politik ini perlu dikekalkan, BERSATU pun begitu.
Hasrat PAS untuk memperkasakan penyatuan ummah, Melayu dan Islam akhirnya tercapai selepas mengadakan pertemuan bersama ketiga-ketiga parti tersebut,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu, parti itu meneruskan hubungan dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) sebagaimana diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini.

Sebelum itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa kenyataan membayangkan, parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo di PRN Melaka.

Kerajaan Melaka telah dibubarkan awal Oktober lalu, susulan penarikan sokongan empat ADUN, yang mendakwa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali.

ADUN terbabit ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, pembubaran DUN perlu disusuli dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa 60 hari. - Getaran, 30 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai