web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serah Keputusan Kepada Sistem Perundangan - Sulaiman

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 4:40PM

Sulaiman menyampaikan sumbangan Deepavali di Seri Bendahara, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Setiap individu berhak membawa sebarang perkara atau pertelingkahan ke mahkamah, bagi mendapatkan keadilan, kata Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas isu saman difailkan blok Pakatan Harapan (PH).

Sulaiman berkata, perkara itu diserahkan kepada institusi perundangan untuk diadili.

“Ia (saman) sudah difailkan, teruskanlah. Kita tunggu mahkamah dan saya serah kepada perundangan.

“Bubar pun dia (PH) tidak mahu, apa pun mereka tidak setuju. Jadi saya tidak ada komen kerana perkara itu pun sudah difailkan,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman turut mempersoalkan penyertaan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November depan.

“Kalau kata nak cabar (di mahkamah) itu hak dia. Tapi kalau betul nak cabar, masa PRN nanti bertanding ke tak?” katanya.

Media semalam melaporkan, Adly yang juga Pengerusi PH Melaka memfailkan saman kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 pada 4 Oktober lalu.

Dalam semakan kehakiman itu, Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Ditanya jika beliau bakal mempertahankan kerusi DUN Lendu pada PRN nanti, Sulaiman berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tahu banyak muka baharu, jadi saya serah kepada Presiden kerana semua calon yang bertanding diputuskan pucuk pimpinan tertinggi,” ujarnya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad