web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Perbincangan Tawaran Kepada DAP Untuk Selamatkan Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 7:38AM

Ab Rauf Yusoh (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - "Saya tidak pernah minta nyawa daripada DAP untuk menyelamatkan kerajaan negeri daripada runtuh," tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, perjumpaan bersama Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew pada 3 Oktober lalu hanyalah untuk berbincang mengenai piagam kerjasama yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).

"Saya memberitahu beliau bahawa parti di peringkat pusat menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) agar tiada tekanan diberikan kepada mana-mana pihak memandangkan isu COVID-19 lebih besar daripada isu politik.

"Mengapa parti pembangkang negeri tidak mahu ikut apa yang dilakukan di peringkat Pusat dan laksanakan di Melaka. Pertemuan itu berlangsung di Klebang kira-kira jam 8.30 malam," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, pertemuan tersebut bukan satu rundingan kerana Pengerusi DAP itu dilihat seakan tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan.

"Tidak berlaku sama sekali saya minta nyawa daripada DAP kerana apabila saya lihat bahasa badan beliau itu, nyata tidak mahu berunding.

"Selaku pejuang UMNO, saya sama sekali tidak mengizinkan negeri ini kembali diperintah oleh PH. Saya mempunyai prinsip perjuangan demi memartabatkan bangsa Melayu selain merealisasikan slogan parti 'No DAP, No Anwar'," katanya.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu ada menyuarakan hasrat untuk bersama pembangkang, bagi berbincang mengenai kaedah terbaik untuk meleraikan isu politik dan pandemik COVID-19 secara bersama.

"Namun hasrat itu ibarat 'mencurah air ke daun keladi' dan tidak diterima pembangkang, yang memilih untuk bersekongkol dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri.

"Saya beritahu beliau, jika itu keputusannya saya juga bersedia dengan 1,001 kemungkinan demi mempertahankan negeri ini daripada tergadai semula di tangan PH," katanya.

Pada Rabu lalu, sebuah portal berita melaporkan kononnya UMNO ada meminta nyawa daripada DAP bagi menyelamatkan kerajaan Melaka daripada runtuh. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad