web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan Ab Rauf Jumpa DAP Amat Dikesali, Bersifat Pentingkan Kuasa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 4:51PM

Afiq Nazmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengakuan mengejutkan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bahawa beliau mengadakan rundingan dengan DAP bagi menyelamatkan negeri tersebut daripada runtuh amatlah dikesali.

Ketua Armada Bersatu Melaka, Afiq Nazmi berkata tindakan tersebut juga bersifat mementingkan kuasa melebihi nyawa, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri itu lantas mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Negeri Melaka yang penuh bersejarah ini dilihat sedikit mundur kebelakang akibat pentabiran yang kurang kesefahaman di antara pemimpin utama dalam kerajaan negeri.

“Oleh itu, adalah wajar untuk Melaka memberi peluang pada pemimpin baharu yang muda dan lebih bertenaga bagi menjayakan dasar pelan pemulihan negara untuk kebaikan ekonomi di negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ab Rauf dilapor mengakui mengadakan rundingan dengan DAP sebelum empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Katanya, pertemuan itu dilakukan bertujuan menyelamatkan negeri berkenaan di samping menawarkan beberapa solusi tetapi ditolak parti tersebut.

Bagaimanapun, Afiq Nazmi berkata mereka tidak mahu menyentuh isu politik dan tuduhan tertentu yang digembar-gemburkan beberapa hari ini kerana ia melibatkan perselisihan peribadi dan juga politik dalaman UMNO dan sesama mereka.

Ujarnya, adalah wajar perkara itu diselesaikan terlebih dahulu kerana kegagalan tersebut membuatkan rakyat lebih muak dan jelik dengan sikap buas pemimpin yang hanya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata, terutama anak muda.

“Kami berpendirian segala fokus ketika ini harus diberikan kepada usaha untuk memulihkan negara dan negeri Melaka daripada pandemik COVID-19,” katanya.

Malah beliau berkata, berdasarkan krisis politik di Melaka sewajarnya Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam memanggil semua ADUN untuk menzahirkan sokongan kepada calon Ketua Menteri yang baharu, jika ada jumlah sokongan mencukupi.

“Bagaimanapun bagi menghormati proses demokrasi, Perlembagaan negeri dan keputusan yang dibuat Tuan Yang Terutama (TYT), kami dan jentera akan bersiap sedia menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tarikhnya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kemelut politik Melaka tercetus selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada Sulaiman.

Situasi itu menyebabkan DUN dibubarkan mulai Selasa dalam usaha menyelesaikan konflik terbabit. – Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran