Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Program Calon18 Penang Edition Siapsiagakan Anak Muda Bertanding Dalam PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Oct 2021 3:44PM

Soon Lip Chee melancarkan program Calon18 Penang Edition - Gambar dari Facebook Soon Lip Chee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee melancarkan program Calon18 Penang Edition, susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan penurunan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Menurut beliau, Calon18 Penang Edition merupakan sebuah program persediaan politik yang dianjurkan oleh Persatuan Pengundi Muda (UNDI18), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

"Program ini bertujuan untuk melengkapkan anak muda Pulau Pinang, yang kini layak bertanding dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang, dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pencalonan.

"Selaras dengan membenarkan anak muda untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya dari segi undang-undang, kita juga perlu memainkan peranan bagi menyediakan anak muda tersebut secara praktikal untuk bertanding sebagai calon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Soon, seramai 120 anak muda berusia 18 hingga 30 tahun yang dilahirkan atau sedang menetap di Pulau Pinang akan menyertai program selama dua bulan.

Program tersebut terdiri daripada tujuh bengkel dengan topik-topik seperti Pembiayaan Politik dan Pengumpulan Dana serta Prosedur Parlimen dan setiap bengkel akan dikendalikan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan.

"Kami harap anak muda Pulau Pinang memanfaatkan peluang pembangunan dan persediaan politik yang sedia ada ini, serta dapat memainkan peranan bagi membangunkan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas, adil dan maju," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama UNDI18 Tharma Pillai berkata, program ini akan menjadi titik permulaan bagi para belia Pulau Pinang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kompeten.

"UNDI18 juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri lain untuk melaksanakan program Calon18 di negeri masing-masing.

"Permohonan untuk menyertai program ini kini dibuka di tinyurl.com/calon18apply dan akan ditutup pada jam 11.59 malam hari Ahad, 17 Oktober 2021," katanya.

Terdahulu, pada 1 September lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 mengenai penurunan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

RUU tersebut dibentangkan oleh Lip Chee, dan mendapat sokongan merentas parti dalam pelaksanaannya.

Pindaan tersebut selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berikutan pengesahan RUU Undi18 dengan sebulat suara. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Politik 9 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif