web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bersatu Gugurkan Keahlian Noor Effandi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 7:56AM

Datuk Noor Effandi Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biro Politik Bersatu membuat ketetapan menggugurkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad serta-merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketetapan itu akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti akan datang.

Beliau berkata Biro Politik Bersatu juga melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan empat ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka sehingga membawa kepada pembubaran DUN ketika rakyat berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Biro Politik Bersatu berpendapat bahawa kemelut politik ini berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu dan ia bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan,” menurutnya dalam kenyataan.

Hamzah juga berkata Biro Politik Bersatu mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan perkembangan politik terkini di Melaka.

Menurut kenyataan itu, Biro Politik Bersatu turut berpendirian kemelut politik di Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan negeri berkenaan dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Selain Noor Effandi, ADUN yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin lepas ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 dan satu Pilihan Raya Negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran itu.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober setelah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad