web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MB Kedah, Tolong Berhati-Hati Beri Kenyataan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 3:48PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dalam nada seakan merayu dan meminta tolong, Datuk Johari Abdul (PH-Gurun) menzahirkan harapan kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor untuk lebih berhati-hati dalam memberi sebarang kenyataan kepada umum selepas ini.

Menurut Johari, kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar tidak hanya akan melambangkan dirinya malah turut membawa imej seluruh rakyat Kedah.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, meminta supaya Muhammad Sanusi tidak  mengeluarkan kenyataan yang ‘menggusarkan’.

“Saya kalau pergi Parlimen akan ada orang tanya, MB ‘hang’ macam mana hari ini? Okey tak?

“Apabila saya kata okey, mereka akan tanya lagi kenapa teruk sangat kenyataan dia semalam?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Sultan Kedah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.

Johari yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata, selaku Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya mengeluarkan kenyataan yang memberi rangsangan, motivasi, harapan dan inovasi agar semua pihak dapat ‘bersandar’ kepadanya.

“Saya bukan mahu membangkitkan isu peribadi tetapi Muhammad Sanusi perlu kawal sikit temper ketika keluar kenyataan.

“Kita ini berkawan jadi pakat tolonglah semua kerana imej yang Muhammad Sanusi bawa, turut melambangkan saya, ketua pembangkang dan semua di negeri ini. Kadang-kadang rasa lecehlah,” katanya.

Selain Johari, perkara itu turut dibangkitkan oleh Yeo Keng Chuan (PH-Kulim) yang meminta agar kepimpinan negeri menunjukkan contoh yang baik.

Beliau malah turut membawa dua buku untuk dihadiahkan kepada Muhammad Sanusi bagi dijadikan panduan oleh Menteri Besar itu.

Sementara itu Muhammad Sanusi dalam sidang akhbarnya enggan mengulas lanjut berhubung teguran tersebut.

“Saya tak mahu jawab apa-apalah kerana anda sendiri boleh nilai. Kadang-kadang saya bergurau tetapi diambil serius sedangkan perkara serius, tidak pula dipedulikan.

“Inilah masalah orang yang nak bina persepsi, tak ada ‘bahan’ lah agaknya sampai hal melawak jadi serius. Tak boleh melawak lebih kurang pun, susah juga,” katanya. - Getaran 21 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Ibu Tunggal Didakwa Di Mahkamah 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95