web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20 Anak Muda Sertai PKR, Wadah Terbaik Teruskan Perjuangan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:10PM

Adam (tiga dari kanan) bergambar bersama Anwar dan beberapa anak mula lain selepas menyertai sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kesempatan menyertai PKR oleh 20 anak muda hari ini disifatkan sebagai satu manifestasi terhadap tekad yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Ketua kumpulan berkenaan, Adam Adli berkata, keputusan untuk menyertai PKR tidak dibuat secara semberono atau atas desakan mana-mana pihak, tetapi telah diperhalusi dalam jangka masa panjang bagi memastikan setiap asas, prinsip dan matlamat penyertaan itu jelas.

“Sejarah panjang parti ini, dari gerakan Reformasi hinggalah kepada perjuangan di bawah payung besar Pakatan Harapan (PH) seperti yang berdiri sekarang, telah mencetuskan banyak kemungkinan dan perubahan buat negara ini.

“Saya percaya tentu sekali ia (perjuangan) masih jauh dari selesai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka menerima banyak penyertaan generasi muda yang menyifatkan parti berkenaan sebagai sebuah landasan politik berbilang kaum.

Beliau bagaimanapun berkata, penerimaan masuk aktivis muda ke dalam parti itu hari ini, tidak bermakna mereka akan ditampilkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15).

“Kalau dilihat dari awal, kita adalah parti yang paling banyak menampilkan tokoh-tokoh muda, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi.

“Di kalangan anak muda sekarang ramai yang menunjukan keupayaan dan kelayakan untuk menjadi calon dalam parti,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, saringan terlebih dahulu akan dibuat di peringkat ibu pejabat walaupun ada senarai nama tertentu diusulkan oleh kepimpinan parti di peringkat negeri.

“Senarai nama memang diusulkan, tapi ada saringan di peringkat jawatankuasa tertentu yang perlu dilakukan.

“Bagi saya, tumpuan utama kita ketika ini ialah untuk memperkuatkan jentera dan aktivis muda ini boleh menolong serta  turun padang, menerangkan kenapa mereka memilih untuk menyertai PKR,” katanya.

 Selain Adam, dua lagi yang hadir menyerahkan borang menyertai PKR ialah aktivis bebas, Sarah Hadi dan peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi.

Majlis  tersebut turut dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Getaran, 16 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95