web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Darurat Bukan Alasan Menunda Undi 18 - Pemimpin Belia

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 4:02PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menepati janji untuk mendaftar remaja berumur 18 tahun sebagai pengundi selewat-lewatnya pada bulan Julai dan tidak menggunakan darurat sebagai alasan untuk menunda perkara ini.

Barisan pemimpin belia meluahkan rasa bimbang mereka terhadap kemungkinan golongan berusia 18 hingga 20 tahun tidak akan dapat mengundi pada pilihan raya umum ke 15, jika penurunan had umur itu tidak diwartakan dengan segera.

Ini berikutan pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bahawa darurat boleh menjadi penghalang kepada usaha mendaftar golongan ini.

Menurut SPR, pindaan ke atas undang-undang pilihanraya yang perlu dilakukan tidak dapat dibentangkan kerana penggantungan parlimen.

Timbalan pengerusinya, Azmi Sharom memberitahu The Vibes, antara kaedah diyakini efektif dalam memastikan pindaan itu diluluskan dan had umur mengundi diturunkan adalah dengan mengisytiharkan ordinan darurat.

Amir Abdul Hadi, pengasas bersama parti belia Muda, berkata penting buat kerajaan berusaha untuk menurunkan umur mengundi dan melaksanakan  pendaftaran automatik mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, kegagalan untuk memenuhi janji itu bertentangan dengan semangat parlimen, kerana perkara ini telah diluluskan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada Julai 2019.

“Tiada alasan buat pihak kerajaan untuk menunda pelaksanaan ini. Ya, proses tertentu mesti dilakukan dan pengisytiharan ordinan mungkin diperlukan tapi sepatutnya tiada masalah untuk memastikan pindaan dilaksanakan.

“Pindaan untuk merendahkan umur mengundi dan pendaftaran automatik telah di luluskan di parlimen, disokong oleh kedua belah pihak, jadi ia mesti diwartakan,” katanya.

Amir berkata, adalah menjadi tanggungjawab pemerintah dan SPR untuk memberitahu orang ramai tentang perkembangan perkara itu.

Setiausaha Agung NGO belia, Challenger Malaysia, Jean Vaneisha pula risau akan nasib 7.8 juta pengundi baharu yang mungkin tidak dapat mengundi di pilihan raya akan datang.

“Kami menuntut akauntabiliti sepenuhnya daripada Ahli Parlimen yang mengundi untuk meluluskan rang undang-undang ini (pada 2019),” katanya.

Vaneisha menambah, sangat menghairankan apabila kerajaan tidak mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan pendaftaran automatik, sedangkan pandemik  COVID-19 telah mempercepatkan revolusi digital.

Beliau juga memberi amaran, rakyat tidak akan memandang ringan perkara ini jika hak demokratik pengundi baharu dihalang.

“Seperti yang kita lihat daripada sokongan nasional terhadap dana pembelaan Malaysiakini, rakyat akan mencari cara untuk menunjuk perasaan walaupun datang dengan kos yang tinggi.”

Vaneisha merujuk kepada wang tunai sebanyak RM500,000 yang dikumpulkan oleh Malaysiakini yang didermakan oleh khalayak ramai selepas Mahkamah Persekutuan mendapati portal berita itu bersalah menyiarkan komen daripada pembaca yang menghina badan kehakiman. - Getaran, 21 Februari, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan SPM 2023 Untuk Calon Persendirian Dilanjutkan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Adili PM Hanya Berlandaskan Keputusan PRN - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran